Depa kata.., " Usaha menghalang masjid daripada disuburkan dengan risalah-risalah Allah merupakan satu usaha yang zalim dan tidak bertamadun, seseorang itu melakukan usaha bagi menghalang dakwah Allah, maka ia akan berdepan dengan tindakan Allah itu sendiri d akhirat kelak, seorang yang ingin memperkasakan diri ia perlu bersama Allah, kerana hanya dengan Allah ia akan jadi perkasa, jangan jadi orang yang perkosa masjid.  Kalau nak jadi perkasa, kena bersama-sama dengan Allah, baru perkasa.  Bukan jadi perkosa," - Ustaz Ghani Ahli Majlis Syura Ulama PAS

Iskkk...!!! .. Aku nak tanya dengan Ustaz nihh... apa pandangan ustaz dengan kejadian menggangu majlis didalam masjid oleh Angkatan Muda Keadilan ketika suatu majlis melafas sumpah laknat oleh kumpulan Dato 'T' berlansung?  Tidak kah ini juga mengganggu menyuburkan masjid? Adakah ustaz mengeluarkan kenyatan terhadap prilaku dalam perkara ini? Jika bersumpah mubahalah di pertikaikan, adakah Ustaz tetinggal sirah nabi didalam peristiwa mubahalah yang juga pernah berlaku, Mubahalah ialah masing-masing pihak diantara orang-orang yang berbeda pendapat mendoa kepada Allah dengan bersungguh-sungguh, agar Allah menjatuhkan la’nat kepada pihak yang berdusta. bukan kah ini juga mendekatkan diri dengan Allah?. Jika mubahalah ini dipertikai dibuat didalam masjid dan boleh dilakukan di luar masjid mengapa pula ceramah politik Anwar boleh didalam masjid dan tidak di perkarangan luar masjid? jika Anwar ingin berceramah agama adakah dia seorang yang bertauliah dan berkelulusan pengajian agama? jika tidak sila gunakan perkarangan luar masjid... betul punya jual agama ustaz ini.

No comments:

Post a Comment