Depa kata..., "AES (Automated Enforcement Syatem) sebenarnya dilaksanakan untuk mengurangkan kemalangan jalan raya, AES sekarang menumpukan kepada dua kesalahan sahaja , iaitu, speeding dan melanggar lampu merah.  MIROS telah mengenalpasti bahawa kedua-dua kesalahan in menyumbang kepada kemalangan yang tertinggi. Oleh yang demikian, untuk menangani perkara ini AES telah dilaksanakan untuk mengurangkan kemalangan dikalangan pengguna jalan raya, di mana secara purata, 18 orang meninggal dunia akibat kemalangan. Kos sosial dan ekonomi yang ditanggung oleh kerajaan untuk menguruskan kemalangan jalan raya menjangkau RM9bilion. Sebanyak 831 buah kamera akan ditempatkan mengikut fasa di kawasan black spot yang telah dikenalpasti oleh MIROS (Malaysian Institute of Road Safety)"

Iskkk...!!!... Pertamanya aku ucap taniah kepada kerajaan kerana 'prihatin' terhadap isu kemalangan, cuma persoalannya ialah adakah memandu laju dan melanggar lampu isyarat sahajakah punca kemalangan? bagaimana dengan kes yang berlaku di Kemaman tempohari? adakah kenderaan ini di pandu laju? sahingga menyebab 6 dari lapan orang penumpang meninggal dunia. ( sebuah kenderaan kecil memuatkan lebihan penumpang mungkin tidak salah berada dijalan raya di Malaysia, begitu juga dengan kenderaan yang di pandu perlahan di lorong memotong juga tidak melakukan kesalahan di bawah sistem AES ini) Yang di lihat salah ialah memandu laju walaupun pada kadar 120kjm di lebuh raya PLUS dengan jentera moden,canggih dan terkini pada jam 3 pagi. Begitu juga melanggar lampu merah di persimpangan yang lengang tak ada kenderaan lain pada jam 3 pagi juga adalah salah di bawah sistem AES ini.

Sedangkan memandu perlahan di lorong memotong (lorong kanan) dan membawa lebihan penumpang didalam kenderaan kecil saperti Perodua Viva dan Kancil dianggap tidak melakukan apa apa kesalahan.

Jika pun benar projek Automated Enforcement System (AES) ini tidak melibatkan kos kepada kerajaan tetapi siapa yang menaggung kos nya? sudah pasti dari rakyat (Pemandu dan penunggang motorsikal), adakah tindakkan ini tidak akan membuatkan rakyat marah?.

Benarkah AES ini mampu mendidik pemandu? atau sekadar untuk menakut dan membebankan pemandu?Cara terbaik ialah dengan meletakkan Anggota Polis , setelah disaman anggota polis juga boleh berperanan sebagai pemberi nasihat atas apa kesalahan yang telah di lakukan bukan bergantung kepada flash dan kamera AES.

Benar undang undang untuk di patuhi, tetapi sebelum perlaksanaan undang undang tersebut kajian dan penelitian serta alternatif metilah di lakukan, tidak semua undang udang itu boleh di terima pakai apa tah lagi sekadar untuk memuaskan hati sesaorang atau sekumpulan orang.

Depa kata.., "Undang-undang adalah untuk dipatuhi, jika kita melanggar had laju atau lampu trafik ianya merupakan satu kesalahan dan jika ditangkap dan terbukti akan disaman, sama seperti kesalahan-kesalahan lain.  JIka rakyat tidak mahu ikut peraturan dan undang –undang maka negara akan hancur".

Jika begitu sila laksanakan hukum HUDUD satu hukum yang di zahirkan oleh Allah yang sudah pasti tidak ada cacat celanya.Sedang hukum Allah juga diberi pertimbangan di perhalusi kesesuaian perlaksanaannya, apa alasannya hukuman ciptaan manusia ini yang kelihatan ada kelemahan perlu di beri 100% sokongan.

Kita bukan menentang semua dasar kerajaan kerana tidak semua dasar kerajaan itu betul dan tepat kerana pembuat dasar juga boleh terkilaf, tetapi jangan lah membuat dasar yang terang terang boleh menjahanamkan semula kerajaan.

No comments:

Post a Comment