Depa kata.. , " Isu saman AES adalah peluang terbaik pembangkang untuk tambah undi dan membeli jiwa rakyat, dikala ramai yang mempertikaikan isu perlaksanaannya termasuk ada ahli parlimen dari BN sendiri pun tidak bersetuju dengan AES dan mohon di kaji semula, Pakatan Rakyat akan mengambil kesempatan dari kelemahan perlaksanaan sistem AES ini kerana ia boleh ‘menyelamatkan pakata rakyat yang sedang nazak ketika ini’, Malah Pakatan Rakyat boleh menambah satu lagi janji yang tidak disebutkan sebelum ini di dalam buku Jingga iaitu ‘Menghapuskan saman trafik tertunggak dan menghapuskan undang-undang mengenai had laju dan melanggar lampu isyarat’. Mereka yakin isu saman AES adalah satu peluang yang tidak perlu di lepaskan untuk menarik semula sokongan rakyat"


Iskkk.., inilah yang di katakan tak ada 'kheghoje chaghi kheghojeh',Mengapa mereka membuat sesuatu perkara yang boleh membuatkan rakyat marah? Adakah dengan memasang sistem AES ini benar benar mampu mendidik pemandu? Jika begitu tidak perlulah adanya JPJ dan pusat latihan sebelum mengambil lesen memandu. Macam dah tak ada idea lain dari idea letak kamera ini, kesannya akan dirasai bila pilihan raya, bayangkan jika mereka menerima saman AES ini menjelang pilihan raya atau 4 hari lagi nak mengundi..

Sepatutnya adalah lebih baik jika di tempatkan angota palis trafik di setiap kawasan hitam dari letak kamera... sekurangnya angota polis dapat memberi nasihat beserta dengan saman itu lebih berbaloi, kerana manusia takkan sedar kesilapan jika tak di tegur melalui perbualan. Pertikaiannya dan peluang yang di ambil oleh pembangkang ialah dengan menuduh "kerajaan cuba mengambil semula wang yang di beri sebelum ini melalui saman AES..."

1 comment:

  1. Salam bro. Semua polisi yang dibuat oleh kerajaan adalah untuk manfaat rakyat. Jika kita lihat dari sudut negatif, maka negatiflah ia. Jika dilihat dari sudut positif, maka positiflah ia.

    ReplyDelete