Depa kata.., " Penyembelihan Binatang Kurban yang dilakukan hari ini telah mendatangkan rasa takut dan trauma kepada sesetengah pihak.  Tidak sepatutnyalah binatang tersebut disembelih hidup-hidup seumpama itu, sepatutnya diberikan pelalian terlebih dahulu sebelum boleh disembelih. Semua ini menuntut perubahan dan tidak boleh dibiarkan berterusan.  Memang negara ini dihuni majoriti orang Islam, tapi itu tidak bermakna mereka boleh dibenarkan membuat apa sahaja yang disukai mereka tanpa mempedulikan undang-undang antarabangsa mengenai layanan terhadap haiwan. Pakatan Rakyat mencadangkan untuk menghadkan penyembelihan binatang ternakan untuk tujuan korban di rumah-rumah penyembelihan sahaja dan bukan lagi di tempat terbuka saperti di kawasan masjid dan surau".


Iskkk...!!!! ini lah jadinya bila terikut dengan kepala yang berfahaman liberal... pada mereka semua aktiviti perlu sama rata ..esok lusa nak main dengan bini pun boleh buat di dalam jamban atau di tempat awam tampa perlu di selindung. Apa sahaja yang mereka mahu lakukan mestilah diterima dengan bentuk pemikiran tanpa merujuk kepada asal ajaran dan anutan , almaklumlah Liberal ini anutan baru, rujukan kitab ? tak tahu atau memang tak ada kitab rujukan mereka.

Dulu mereka ini mempertikaikan Azan, kemudiannya mempertikaikan pula bacaan Al Quran sebelum azan, malahan mereka berani menyuruh agar bacaan AlQuran dan Azan tidak boleh di gunakan pembesar suara kerana di katakan menggangu kaum kapir untuk tidor. Nasib baik masih ada orang beragama yang faham hukum dan adat beragama, walaupun ada segelintir manusia yang memandang sinis tindakan ini, kerana ianya menyentuh rakan mereka dan rakan mereka perlu di pertahankan dari mempertahankan agama Islam dari di cemar.

Kini mereka semakin berani pula mempertikaikan penyembelihan Binatang Kurban atau disebut juga Udhhiyah atau Dhahiyyah, inilah bahayanya berfahaman liberal bila Sunah tidak difahami maksud dan tujuannya, tidak faham tidak mengapa tetapi kenapa tidak mahu bertanya?. Kini mereka memohon agar Sembelihan Binatang Kurban perlu di buat di rumah penyembelihan, Oleh kerana mereka ini Liberal maka tidak perlulah Che sebutkan 'La Illah Ha Illah' untuk mereka kerana mereka tidak paham sebab mereka bukan ada tuhan.

Mereka berkata di Mekah juga tidak melakukan penyembelihan cara terbuka juga adalah dakwaan yang mengelirukan, ya mungkin tidak didalam masjid kerana masjid di Mekah tidak saperti masjid di kampong kampong Malaysia. Jadi mereka melakukan di kawasan lapan yang sedikit jauh dari Masjib. Sedangkan di Malaysia ini kebanyakkan masjid memiliki kawasan lapang atau padang yang memang di tujukan khas untuk aktiviti Masyarakat termasuk aktiviti Korban di hari hari yang di sunat untuk berkorban yakni pada tanggal 10 (hari nahar) dan 11,12 dan 13 (hari tasyrik) sempena sambutan Aidul Adha.

Telah pun di sunatkan agar Ibadah korban dilaksanakan di musolla (tempat terbuka,kawasan lapang saperti padang). dalilnya ada pada hadis ini  “Sudah menjadi kebiasaan baginda menyembelih dan berkorban di musolla.” – Hadis riwayat al-Bukhari di dalam Sahih al-Bukhari,

Selanjutnya baca disini..

No comments:

Post a Comment