Depa kata.., " Majlis Perundingan Pertubuhan Islam Malaysia (Mapim) kecewa dengan sikap biadab pemimpin parti Gerakan dan MCA yang berterusan membuat serangan dan penghinaan terhadap hukum hudud, kedua-dua parti itu dilihat cuba berselindung di sebalik alasan konon hukum hudud yang diutarakan adalah ‘buatan’ Pas, dan menggunakan kesempatan politik menjelang Pilihan Raya Umum ke-13 (PRU13) untuk melancarkan kempen anti hudud dengan menyatakan pendirian secara terbuka yang melampau. Kita tiada masalah jika mereka tidak bersetuju dengan hudud dilaksanakan ke atas bukan Islam. Hudud kini menjadi bahan serangan murahan kepada parti politik yang mencari kelebihan meraih pengundi bukan Islam, Mapim sentiasa menyokong pelaksanaan hukum ALLAH ini kerana ia kewajipan dan kami yakin hanya hukum ALLAH SWT mampu mengekang jenayah. Sebab itu kita tidak berkompromi terhadap serangan yang dilakukan,” 

Iskkk...!!! ..Che setuju benarlah dengan MAPIM dalam bab nih.. Tapi Che tak setuju kalau teguran itu di buat hanya pada parti MCA dan Gerakan tetapi tidak pula mereka ini menegur parti yang mereka sokong saperti DAP dan PKR yang melakukan hal yang sama dan serupa.

Baik, isunya depa dok kata MCA dan Gerakan ini mencerca hukum hudud yang depa kata 'hudud parti Pas'.

Depa ini hanya nampak bila bukan islam terutama yang menyokong Kerajaan Barisan Nasional bila bercakap dan menyentuh hudud (setakat hari ini, bab hal agama yang lain depa tak pernah sentuh pun) maka kumpulan ini akan dianggap sebagai mencerca atau mempersenda agama Islam, tetapi bila yang bercakap itu individu atau ahli parti yang mereka sokong maka perkara itu tidak di lihat sebagai mencerca tetapi di angkat martabat mereka itu sebagai sedang mendalami ilmu agama Islam.

Lihat sahaja bagaimana Kapral Singh yang mempermainkan isu Negara Islam dan hukum hudud, tiada siapa pun yang bangkit menunjukkan kemarahan selain menunjukkan kemaluan, kerana depa tahu Presiden parti PAS pun sendiri dah pesan kat depa sebenarnya Tiada disebutpun dalam Alquran tentang Negara Islam, itu sebab depa tertunduk kemaluan. Begitu juga dengan Ngah Koo Meng yang mengambil dan membaca ayat Alquran sedangkan dia sendiri tidak mahu beriman kepada Al quran, tiada siapa pun dari puak depa ini yang bangkit bantah termasuklah dari puak MAPIM sendiri.

Baik dari segi perkataan yang dikatakan menghina hudud, adakah mereka ini menyebut hudud yang termaktup didalam Alquran? atau yang mereka sebut adalah hudud ala parti PAS. Sebab didalam hudud parti PAS yang diluluskan dahulu ( sampai la nih depa tak buat apa pun) orang kapir diberi pilihan untuk tidak di kenakan hukum hudud.

Baik ..., persoalannya dimanakah ada ayat al quran ( sebagai rujukan) yang menyebut bahawa hudud itu hanya terpakai pada umat Islam sahaja, sila nyatakan jika ada.

Sekiranya tiada maka itu bermakna hudud dari Hukuman Allah ini termatup dan diguna pakai oleh semua manusia @ hamba kepada Allah sama ada yang ingkar perintah ( kafir) mahu pun yang taat perintah Allah (muslimin). ( sebenarnya lebih banyak surah didalam ayat Alquran yang menyentuh berkenaan hukum ini yang tidak membezakan kaum dan agama dari segi hukuman).

Diantara banyak ayat termasuklah yang diambil dari surah Al Maaidah ayat 48 yang bermaksud : 
“Maka putuskanlah perkara atas mereka menurut apa yang Allah turunkan (hukum Islam), dan janganlah kamu mengikuti hawa nafsu mereka dengan meninggalkan kebenaran (hukum Islam) yang telah datang kepadamu”.

Begitujuga dengan petikan dari Surah An Nisa pada ayat 105 yang bermaksud : 
“Sesungguhnya Kami telah menurunkan Kitab kepadamu dengan membawa kebenaran, supaya kamu menghukum antara manusia dengan apa yang telah Allah wahyukan kepadamu”. 

Ayat-ayat ini berbentuk umum dan ada ayat yang mana Allah menggunakan lafaz “manusia” yang menerangkan bahawa, dalam keadaan kita mengadili sesuatu kes atau ingin menghukum, maka hukum Allah-lah satu-satunya hukum yang wajib dilaksanakan ke atas semua manusia (bukannya ke atas orang Islam sahaja).

Disini terjadinya pertikaian berkenaan dengan hudud cipataan parti PAS ini, bila mana dua orang yang melakukan kesalahan yang sama ( contoh kes mencuri, rompak sebagainya) cuma berbeza dari segi anutan agama  .. selanjutnya baca disini..

No comments:

Post a Comment