Depa kata.., " Rakyat khususnya pengguna jalanraya sangat kecewa dengan jawapan yang diberikan Timbalan Meneri Pengangkutan, Datuk Rahim Bakri bahawa kerajaan akan meneruskan sistem AES walaupun ianya ditentang oleh pengguna jalanraya. Jelaslah slogan “Rakyat Didahulukan” hanyalah slogan kosong tanpa makna. Jika Perdana Menteri betul-betul menjiwai slogan tersebut, beliau pasti mendengar bantahan, kelohan dan kebimbangan rakyat terhadap sistem yang bermotif mengaut untung dan bukan bersifat pencegahan kemalangan jalanraya. Ini kerana kamera turut dipasang di kawasan 30 km/sejam dan ia sangat tidak masuk akal". 


Iskkk..!!! dalam bab ini aku bersetuju dengan kumpulan yang membantah perlaksanaan progran AES ini tidak kira ianya datang dari mana, wa'ima jika dari parti politik pembangkang aku akan bersetuju, ini bukan bermakna aku ini lalang atau tiada pendirian didalam membuat keputusan menyokong. Untuk apa aku menyokong sesuatu perkara yang hujungnya menjerut batang leher sendiri, disini aku tak nampak pun di mana slogen "Rakyat di Dahulukan" , Aku berharap Perdana Menteri berfikirlah semula, jangan di ulangi kesilapan 2008 hanya menaikkan harga petrol 0.90 sen Barisan Nasional hilang kuasa 2/3 dan 5 negeri.

No comments:

Post a Comment