Depa kata.., " Majlis Belia Negeri Kedah menyifatkan dakwaan Presiden MCA, Datuk Seri Dr Chua Soi Lek bahawa jika Parti Pas melaksanakan hukum hudud, 1.2 juta rakyat akan hilang pekerjaan, Kenyataan ini boleh membantutkan usaha kerajaan untuk mewujudkan suasana harmoni antara kaum. Kenyataan Chua dilihat sebagai tidak menghormati sensitiviti penganut agama Islam dan juga Perlembagaan Persekutuan yang meletakkan Islam sebagai agama Persekutuan. Ini bukan pertama kali Chua mengeluarkan kenyataan yang menghina agama Islam dan memperlekehkan perundangan Islam,”


Iskkk...!!!.. Aku tak heran kalau Chua Soi Lek membebel pasal Hudud PAS ( dia bukan hina hudud Alquran..) orang Islam lain yang paham juga tidak akan setuju dengan Hudud ala PAS ini, yang aku hairan ialah bila Chua Soi Lek mempertikaikan hudud ala PAS ini ramai yang bangkit dan tunjuk rasa marah , mungkin sebab mereka melihat dari jenis kaum dan bangsa, sedangkan Nik Aziz dan Hadi Awang yang sentiasa mempermainkan Hudud tidak pula orang Islam marah, apa bezanya antara Chua , Hadi dan Nik Aziz dalam hukum hudud?.

Ada atau tidak Chua merujuk mana mana nas Alquran, membacakan dan menzahirkan maksud ayatnya? selain menyebut Hudud Ala Parti PAS, Berbeza dengan puak DAP dokongan parti PAS yang bermain dengan ayat Alquran tanpa mereka beriman kepada Alquran, mengapa tidak kita bangkit menentang persendaan ini?.

No comments:

Post a Comment