Depa kata .., "AES Boleh Kurangkan Kematian Jalan Raya, Kajian di negara-negara yang menggunakan AES menunjukkan bahawa sistem itu berjaya mengurangkan kemalangan dan kematian yang berkaitan sebanyak 70 peratus. Depa percaya AES boleh mengurangkan kematian jalan raya sebanyak 30% hingga 35%. Jika AES boleh berjaya di negara-negara lain, ia juga boleh berjaya di sini juga,"

Iskkk...!!!!.. Che bukan nak bantah perlaksanaan AES ini, saperti didalam komen yang lalu .. Che tidak bersetujunya dengan AES ini ada bersebabnya.

Mengikut kenyataan media purata kadar kematian jalan raya di Malaysia adalah 17.7 kematian setiap hari. Persoalannya ialah kematian kemalangan ini melibatkan kenderaan jenis apa, dimana kekerappan berlaku , jalan negeri , lebuh raya atau dalam pusat bandar.

Jika kemalangan banyak di sebabkan jalan negeri mengapa di lebuhraya yang menjadi keutamaan pemasangannya? jika kemalangan menyebabkan lampu merah di bandar mengapa pula lampu persimpangan yang sunyi menjadi mangsa?.

Kemudiannya jenis jenis kenderaan yang terlibat dari kumpulan kenderaan jenis bagaimana yang banyak menyumbang kemalangan?, Sekiranya nya lori adalah penyumbang kemalangan kenapa kenderaan kecil menjadi mangsa sedang kan had kelajuan lori tidak pula di nyatakan tahap maksima kelajuannya.

Contoh Jika sebuah kenderaan di pandu kelajuannya 113 kmj di laluan had kelajuan 110kmj maka kenderaan tersebut akan di saman kerana melebihi had lahu sebanyak 0.03kmj. tetapi bagaimana pula dengan kenderaan lori yang memandu dengan kelajuan 100 di jalan yang sama? sudah pasti tidak di saman kerana di bawah had pengesan kelajuan sedangkan had kelajuan sebuah lori di lebuh raya hanyalah 90kmj sahaja. adakah AES ini memiliki duwi fungsi untuk mengesan kenderaaan besar dan kenderaan kecil.

Seterusnya jenis kenderaan yang banyak terlibat dengan kemalangan maut ( bukan lori) adakah dari jenis yang berteknologi tinggi atau kenderaaan cukup cukup makan saperti keluaran produa atau sekelas dengan nya. Sekiranya kenderaan kecil saperti Kancil, VIVA, MYVI dan sekelasnya yang banyak menyumbang maka keprihatinan perlu di berikan kepada pemandu kenderaaan saperti ini. Kena jelaskan pada pemandu kenderaan ini bahawa kenderaan ini hanya sesuai untuk pemanduan didalam bandar dan bukan untuk satu perjalanan yang jauh kerana ianya akan menyebabkan keletihan melampau. Untuk mengelakkan mereka ini memandu kenderaan kecik untuk perjalanan jauh perlulah disediakan pengangkutan awam yang selesa bukan lagi bas yang dah nak roboh dengan bunyi ngek dan ngok disana sini. ( ini baru di nama kan kajian bukan pergi tengok kejadian kemalangan di negara luar kemudian dikatakan pakar dan bukan seorang yang memandu kenderaan kecuali berharap kepada pemandunya sahaja, sedang dia boleh tido di kerusi belakang)

..seterusnya baca disini..


Ps/-- Tulisan asal untuk ob21.net

No comments:

Post a Comment