Depa kata.. ," Berdasarkan keterangan daripada Pengerusi Lajnah Perpaduan Nasional Pas Pusat, Datuk Dr Mujahid Yusof Rawa yang hadir bersama-sama Nurul Izzah dalam forum Islamic State: Which version? Whose responsibility? di Subang Jaya Sabtu lalu, ia tidak sama dengan kenyataan Nurul Izzah. Kenyataan Nurul Izzah menjadi perkara serius dan dibincangkan oleh pelbagai pihak memandangkan beliau merupakan anggota parti pembangkang yang sememangnya sentiasa tidak sehaluan dengan pihak lawan.Oleh itu, setiap perkara mahupun kenyataan yang dibuat oleh pembangkang diputar belit untuk menjadikannya buruk. Laporan media  yang dikeluarkan tidak semestinya serupa dengan kenyataan Ahli Parlimen Lembah Pantai itu. Izzah cakap lain surat khabar tulis lain, Adakah apa yang Nurul Izah cakap serupa yang akhbar siarkan?"

Iskkk..!! 
Ini perkara biasa, tiada suatu pihak pun yang akan membunuh rakan nya ketika sama sama berada di medan perang, apa tah lagi perang pilihan raya yang sedang rancak disusun atur kecuali didalam UMNO yang berani menegur perkara salah itu salah.

Itu baru Mursyidul Amnya, yang marah pengikut membaca surat kabar tetapi dia sendiri dalam sembunyi sembunyi membaca akhbar terutama Utusan. Nanti akan keluar pula kenyataan dari Sleeping Presiden mereka yang mungkin akan berkata 'Pembuktian melalui Video adalah tidak sah kerana ianya adalah "Besi yang tidak bermata".

Tujuan mereka hanya satu.... "Kita Rampas Putrajaya" walaupun agama Islam dan Bangsa Melayu di hapuskan di bumi Malaysia dan di lupuskan dari Perlembagaan Persekutuan yang mereka katakan perlembagaan penjajah.

No comments:

Post a Comment