Depa kata.., " Dimana kaitannya antara murtad dengan kebebasan beragama untuk rakyat yang disuarakan oleh Nurul Izzah sehingga menjadi kontroversi di kalangan masyarakat,Nurul Izzah bercakap mengenai kebebasan beragama untuk semua orang, tidak mengkhusus kepada orang Melayu sahaja.  Maknanya disitu, sesiapa pun bebas menganuti mana-mana agama pilihannya, tanpa paksaan,  Apa yang penting ialah rakyat mesti menjadi orang Islam kerana iman, orang-orang yang beragama Islam kerana mereka adalah Melayu, Allah tidak akan menerima, Orang yang beragama Islam kerana mereka terpaksa, Allah tidak akan menerima. Ia perlu berdasarkan pilihan peribadi, kebebasan untuk memilih untuk menjadi dengan Islam, yang adalah apa yang kita mahu. Ringkasnya, bahu Nurul Izzah tidak patut dibebankan dengan masalah murtad kerana tanpa atau dengan kenyataannya pada Sabtu lepas, kita tahu ada juga orang Melayu masih juga murtad atas pilihan sendiri. " 


Iskkk.. !!!

Makin jelas sekarang racun pluralisme sudah makin meresapi pemikiran anak anak muda yang hidup dizaman 'kesenangan' yang mereka tumpang dari mak dan bapak mereka. Sahingga mereka tidak dapat lagi menyerapi roh Islam kedalam jiwa. Pada mereka semua gama itu sama tiada suatu agama pun yang tunggal dan haq.

Perlu di jelaskan Islam menghargai toleransi agama lain tetapi tidak menganggap semua agama adalah sama. Dengan erti kata lain Islam tidak menganggap bahawa Tuhan yang disembah oleh orang Islam adalah Tuhan yang sama disembah oleh agama lain. "lakum diinukum wa liya diin" atau untuk kamu agama kamu dan untuk aku agamaku) [Al Kaafiruun: ayat 6].

Kebebasan beragama ialah prinsip yang menyokong kebebasan individu atau masyarakat untuk mengamalkan agama atau kepercayaan secara tertutup atau terbuka. Kebebasan beragama termasuk kebebasan untuk menukar agama dan tidak mengikut apa-apa agama. 

Apabila Nurul Izah membuat cadangan bahawa orang Melayu berhak memilih agama selain Islam secara tidak lansung Nurul sedang mencadangkan panghapuskan Bangsa Melayu.

Di Malaysia ini tarif Melayu ada kaitannya dengan Islam, Bangsa yang di lindungi didalam perlembagaan Persekutuan. Sesaorang yang mengaku Melayu seharusnya orang itu boleh berbahasa Melayu, mengamalkan adat resam Melayu dan yang paling penting semestinya beragama Islam. Jika saorang berbangsa Melayu itu keluar agama Islam maka ianya akan hilang kelayakan sebagai Bangsa Melayu mambawa maksud akan hilang segala kemudahan sebagai Bangsa Melayu.

Didalam Islam ini perkara akidah adalah terutama, sepatunya mereka kena lah paham apa itu murtad dan selayak mana perlu di layan mereka yang murtad ini.

No comments:

Post a Comment