Depa kata.., " Ketua Pemuda Pas Pusat, Nasrudin Hassan Tantawi mengisytiharkan harta miliknya ketika menyampaikan ucapan penangguhan pada Muktamar Dewan Pemuda Pas Pusat malam tadi. Beliau menybutkan jumlah pendapatan diri sendiri dan juga jumlah pendapatan Isteri serta jumlah simpanan yang berjumlah RM9000.00, Itulah harta yang di isytiharkan, sebagai satu gimik pelancaran atau deklarasi pengisytiharan harta yang insya-ALLAH selepas ini akan diikuti oleh seluruh ahli jawatankuasa Dewan Pemuda Pas Malaysia".





Iskkk... !!!.. Alhamdullilah jika cara itu yang Nasrudin mengistiharkan hartanya, yang kesiannya penonton yang di bawah..  bertakbir.. seolah telah muktamad pengistiharan harta tersebut.. macam lah betul sangat..

Jika begitu aku pun boleh istiharkan harta aku malahan ramai orang mampu mengistiharkan hartanya wai'ma seorang penyamun tarbus sekalipun boleh berbuat demikian.

Hendak istiharharta ini kena iklas, pertama sumber pendapatan tu dari mana walaupun dari isteri (jika isteri bekerja siapa majikan pembayar gaji jika berniaga sendiri nyatakan jenis peniagaan dan pendapatan dari perniagaan ), Kedua nilaian harta yang di miliki ( harga rumah termasuk peralatan didalam rumah serta kereta yang di miliki termasuk yang beli tunai atau berhutang).

Jika dilihat dari pengistiharan itu, bayaran unit kediaman menunjukkan beliau memiliki dua buah rumah ( tetapi tidak dinyatakan berapa jumlah nilaian rumah tersebut) Kemudiaannya beliau berkata 'terpaksa' membayar hutang kenderaan yang nilainya lebih dari harga rumah, sudah pasti kereta itu dari jenis berjenama ( tetapi tidak di sebut jenis kereta ( harta) tersebut).

Nak bohong pun patut patut laa... nanti kita tengok kot kot nama dia ada sebagai di calun PRU 13... agak agak kalau simpanan ada RM9000.00 boleh bertanding ka tidak.. kot kot ada duit bawah tilam atau duit turun dari langit..depa nih kan macam macam boleh jadi.

4 comments:

  1. tak percaya kat orang pulak dah... macam la dia boleh di percayai... keh keh keh.. macam baca utusan tu la... ada betui ka...

    ReplyDelete
  2. Salam Ence.. Harta bukan datang cara megik.. mesti ada sumber,

    Jika manusia mesti dari sumber pekerjaan atau perniagaan.

    Harta milikan tu dari mana sumbernya, berapa nilaiannya, kalau bayaran pinjaman rumah kena bayar 1280.00 itu bukan harga rumah kos sederhana atau murah tu. dari mana sumber kewangan tu jika di ambil pendapatan gaji isteri sekitar RM4k?.

    kan dah kata nak buat , buatlah cara iklas takyah menunjuk nunjuk...

    ReplyDelete
  3. betul la tuan, macam duit 40 juta yg bersama ence chia yg di tahan di hongkong lama dulu.. mesti ada sumber.. tapi rahsia sampai la...

    ReplyDelete
  4. eh mana ada rasiaa.. dah ramai orang tahu.. kalau rahsia siapa pun tak tahu...

    ReplyDelete