Depa kata.., " Keterbukaan kepimpinan muslim Pakatan Rakyat, masuk ke dalam gereja dan kuil serta bercakap hal-hal yang menyentuh kepentingan masyarakat, akan menjadi satu kebanggaan dan seharusnya tidak dipolitikkan demi masyrakat sejagat, Semua ini adalah dianggap sebagai satu pembaharuan yang tidak akan berlaku kalau Pakatan Rakyat tidak diwujudkan oleh Anwar Ibrahim, dan sikap keterbukaan ini, Pakatan Rakyat melihat bahawa peranan gereja perlu diperluaskan lagi sebagai pusat perpaduan nasional sebagai gantian kepada peranan masjid yang dilihat tidak lagi dapat memainkan peranan menyatukan masyarakat di Malaysia ini, Di mana semua lapisan rakyat dari pelbagai latarbelakang agama dan bangsa boleh duduk berbincang mengenai pelbagai perkara di dalam gereja, tanpa halangan seperti mana jika  menggunakan masjid".

Iskkk..!!!.. 

ini lah yang di katakan dunia akhir zaman, Masjid itu rumah ibadat bukan dewan orang ramai, kalau nak bermasyarakat di sekitar masjid gunakan sahaja padang atau dewan yang disediakan, kerana bagi tujuan menjaga kebersihan di tempat bersujudnya para muslimin, bukan saperti di gereja, kuil dan sebagainya najis anjing pun boleh berada disitu.

Keduanya, sesuatu yang sudah pasti hampir kepada perkara yang boleh menggugat akidah, kerana sebagai umat Islam kita harus paham dan jelas bahawa orang mukmin tidak boleh merayakan 'hari keagamaan agama lain'. 

Sudah pasti mereka juga saperti umat Islam yang lain bila berada didalam majlis kita akan di mulakan dengan bacaan doa baik di mana pun sama ada masjid, dewan orang ramai mahupun tempat terbuka maka doa orang Islam akan di bacakan bersesuaian dengan Islam sebagai agama resmi Persekutuan mengikut perlembagaan Malaysia, dan ianya akan di aminkan oleh para hadirin dan orang bukan islam bolehlah bertafakur bererti mereka tunduk kepada 'doa' yang di bacakan, tetapi adakah perkara ini boleh berlaku jika didalam gereja mahu pun kuil? Sudah pasti doa agama mereka yang akan dibacakan dan para muslim boleh tunduk bertafakur untuk menghormati agama mereka, adakah kita perlu tunduk kepada agama mereka? ingat perkara 'haq' dan 'bathil' jaraknya sama saperti sehelai rambut yang di belah 7.

Rasanya pada mereka perkara ini adalah enteng sahaja kerana ada pemimpin tertinggi Parti PAS pun mengaminkan doa yang di bacakan oleh sami budha. jika parti yang kononnya memperjuangkan Islam pun boleh bercelaru dengan agama nya apa tah lagi mereka yang bukan tertegak (kukuh) dengan agama Islam.

Adakah mereka ini terdiri dari mereka yang menjual agama? saperti apa yang pernah di peringatkan oleh Nabi Muhamad S.A.W melalui sabda baginda yang bermaksud:  “Akan timbul di akhir zaman orang-orang yang mencari keuntungan dunia dengan menjual agama. Mereka menunjukkan kepada orang lain pakaian yang dibuat daripada kulit kambing (berpura-pura zuhud dari dunia) untuk mendapat simpati orang ramai, dan percakapan mereka lebih manis daripada gula. Padahal hati mereka adalah hati serigala (mempunyai tujuan-tujuan yang jahat). 

Allah S.W.T. Berfirman kepada mereka, “Apakah kamu tertipu dengan kelembutan Ku?, Ataukah kamu terlampau berani berbohong kepada Ku?. Demi kebesaran Ku, Aku bersumpah akan menurunkan suatu fitnah yang akan terjadi di kalangan mereka sendiri, sehingga orang yang alim ( cendikiawan ) pun akan menjadi bingung (dengan sebab fitnah itu)”. (Daripada Abu Hurairah r.a – Riwayat Tarmizi).

Adakah mereka yang dimaksudkan di dalam Hadis ini ialah orang orang yang menjadikan agama sebagai alat untuk mendapat habuan dan keuntungan dunia yang mereka kejar. Mereka rela menggadaikan agama untuk mengejar kuasa, nama, pangkat, dan harta dunia. Dan apabila bercanggah kepentingan dunia dengan hukum syarak mereka berani mengubah hukum Allah dan memutarbelitkan kenyataan.

Ini lah yang di sebut niat menghalalkan cara. Mereka juga pandai mengemukakan hujah-hujah yang menarik dan alasan alasan yang memikat hati, tetapi sebenarnya hujah-hujah dan alasan tersebut hanya semata-mata timbul dari kelicikan mereka memutarbelitkan kenyataan. Mereka menipu orang lain dan juga menipu diri mereka sendiri.

Inilah yang berlaku pada hari ini kita dapat melihat ramai dari kalangan orang orang politik serta ahli ahli perniagaan melakukan perkara ini.Mereka termasok dalam golongan yang di sebut dalam hadis ini, iaitu memperalatkan agama untuk “politik gain” mereka.

No comments:

Post a Comment