Depa kata.., " Sebagaimana yang semua umat Islam ketahui serta yakini, doa adalah senjata akhir yang paling berkuasa dan mampu mengubah Qada dan Qadar. Dengan berdoa dan kemudian jika dimakbulkan Allah, sesuatu perkara yang luar biasa dan di luar jangkaan boleh berlaku. Itulah kepercayaan seseorang yang menganut Islam. Bahkan dalam Islam juga disebut bahawa doa orang yang dizalimi akan terus sampai kepada Allah tanpa hijab atau tanpa sebarang halangan. Sebab itu doa memang amat digalakkan dalam Islam sebagai usaha akhir memohon sesuatu kejayaan.,” 



Iskkk....!!!

Memang benar Doa itu senjata mukmin, tetapi sebelum berdoa seorang mukmin itu perlu berusaha sungguh sungguh, Tetapi adakah yang berdoa kemusnahan sesama insan ini sudah berusaha? Jika mendoakan kemusnahan UMNO, adakah UMNO ini lebih zalim dari Isreal di bumi Palastin? Jika rakyat Palastin dikatakan dizalimi mengapakah doa mereka belum di makbulkan? Ingat mengiringi doa mestilah datang selepas berusaha, jadi adakah PAS sudah berusaha? Berusaha didalam kontek memenangi hati rakyat untuk mentadbir negara? 

Benarkah mereka iklas menjalankan suruhan Allah? sudahkah mereka menjadi Hamba Allah yang layak selayaknya menduduki "makam hamba" kepada Allah? Sewenag menuduh orang lain maksiat sedang dalam diri mereka bersawang maksiat tersembunyi.

Untuk Iklas sesama manusia pun mereka bercelaru ini kan pula untuk iklas kepada Allah. Ingatlah doa mestilah dilakukan setelah berusaha dan hujungnya bertawakkal kepada Allah.

No comments:

Post a Comment