DEPA KATA..., " Seorang Pemimpin Ajaran Sesat telah di tahan di sebuah banglo di Kampung Chabau, Simpang Bekoh di Jasin, yang mana ahli ahlinya mendakwa mereka sebagai 'pejuang soleh dan tentera kebenaran' bagi membentuk nilai moral yang tinggi di kalangan manusia. Sebuah stor di belakang banglo dijadikan tempat penyimpanan senjata termasuk berpuluh-puluh pedang, keris, kapak, parang, 308 bilah busur dan anak panah, lembing, 23 unit kanister yang dipenuhi serbuk bedil dan beberapa senapang palsu. Pihak polis juga turut merampas sebuah komputer riba, ubat-ubatan dan krim antiseptik yang digunakan untuk merawat kecederaan, topeng gas, peralatan perkhemahan yang digunakan oleh tentera semasa operasi, jaket, sarung tangan, tali dan topi tentera semasa serbuan. Penduduk kampung yang ditemui enggan mengulas mengenai pemimpin kumpulan itu yang di katakan ada 'ilmu sakti' dan mendakwa memiliki 'senjata suci' yang disimpan 'imam' boleh terbang dengan sendirinya apabila diarahkan 'untuk melawan musuh-musuh manusia' malahan 'imam' juga dikatakan mampu mengetahui segala apa yang akan berlaku walaupun bisikkan dari manusia"




Iskkk....!!!!

Kampong Chabau Melaka...!!! lerrr macam macam ada kat sini.. yang aku tahu sini kubu kuat parti PAS dan kubu paling kuat menyerang pentadbiran Ketua Menteri Melaka YB Dato Wira Ali Rostam.

Dalam kehebatan dunia maklumat tanpa sempadan ini masih lagi ada yang percaya kepada perkara karut macam ini? Kalau hebat sangat dengan 'senjata suci Terbang' tu.. mengapa tak bantu Palastine?

Sehebat memiliki ilmu jika di dalam perguruan silat di panggil 'sendi gendang' yang dapat mengetahui perkara yang berlaku melalui hembusan bayu atau yang di bawa angin.. tapi mengapa masa polis datang serbu dia boleh tak tahu dan dengan senang lelang menunjukkan pula sarang sembunyi senjatanya? ke ilmu dia 'terpatah' dengan pakaian biru berkalimah "Allah Muhamad" yang di pakai oleh Polis agaknya yer..

Dan orang sekeliling yang percaya kehebatan bomoh ini pun dua doll ... AlQuran di junjung tapi manusia di katakan hebat? 

No comments:

Post a Comment