Pengkhianatan paling besar ialah pengkhianatan pemerintah orang awam.


DEPA KATA.., " Setiausaha Dewan Ulama PAS Pusat, Dr Khairuddin Razali berkata para ulama Islam sepakat bahawa menghapuskan kezaliman adalah wajib, apatah lagi apabila melibatkan kezaliman dan kemungkaran pemerintah yang diberi amanah menjaga maslahah rakyat.
Ia dijelaskan oleh banyak ayat al Quran dan Hadis. Dalam hadis riwayat Imam Ahmad baginda menegaskan bahawa pengkhianatan paling besar ialah pengkhianatan pemerintah orang awam. Maka sebarang cara yang boleh membawa kepada terhapusnya kezaliman perlu diusahakan termasuk dengan kerjasama antara muslim dan bukan muslim dalam pilihanraya. Justeru itu mengundi calon pilihanraya bukan Islam yang boleh menyumbang kepada usaha tersebut tentulah sangat wajar sekali, Atas tujuan itu, memilih calon-calon bukan Islam di kalangan DAP dan PKR yang bekerjasama dengan PAS dalam konteks PRU13 adalah sangat perlu bagi menyumbang kepada usaha menggantikan sebuah kerajaan yang gagal melaksanakan amanah pemerintahan dengan kerajaan baru yang lebih berintegriti. Justeru rakyat Malaysia wajar sekali memberikan undi yang padu kepada calon-calon pilihanraya Pakatan Rakyat termasuk kepada calon-calon bukan Islam,"



Iskkk...!!!

Jika kita kembali kepada kenyataan pemimpin mereka sebelum ini.. mungkin masa itu umur Dr Khairuddin baru belajar merangkak atau baru pandai main pasir atau main pondok pondok..

Pada Ogos 1963, Dewan Ulama PAS Kelantan mengeluarkan hukum. “Orang-orang Islam yang berkongsi dengan orang-orang kafir untuk memerintah negara, menjadi kafir dan haram".

Dan didalam ceramah ceramah mereka selepas itu sering memetik petikan ungkapan Tuan Guru Hadi Awang yang berbunyi " UMNO menjadi kafir kerana bekerjasama dengan parti-parti kafir seperti MIC dan MCA. Sesiapa yang reda dengan kufur maka dia menjadi kufur..” (Kuliah Di Marang 1983)

Tetapi sekarang mereka pula beria ia bekerjasama dan berpelukan dengan DAP dan mohon untuk mengundi calon-calon bukan Islam dalam pilihan raya ke-13 nanti.

Puak puak ini sering mengatakan kerajaan (BN) hari ini zalim, tetapi sahingga kini belum ada satupun bukti yang boleh mereka zahirkan yang membuktikan kerajaan hari ini zalim kecuali kerajaan Kelantan yang lebih jelas zalimnya dan telah pun di zahirkan kezaliman mereka, maka kerajaan Kelantan itulah yang paling layak di perangi kerana kezalimannya.

Mungkin ada asas yang benar maka kerajaan parti PAS yang memerintah Terengganu dibawah Hadi Awang hanya bertahan satu penggal sahaja, kerana? kerana benarlah mereka itu zalim dan wajib di perangi.

Lihat pada aktiviti jika anggota kerajaan dari BN turun menemui rakyat baik didalam program kemasyarakatan mahu pun program politik maka Kerajaan BN akan datang dengan seribu kabaikkan, makan percuma, tambang percuma, duit poket percuma, baju T percuma, mendatangkan kebaikkan disekitar kampong atau pekan berkenaan, membaiki mana mana yang kurang dan rosak.

Berbeza dengan kedatangan puak pembangkang terutama penceramah dari parti PAS, maka akan berjalarlah beg plastik untuk memungut derma, Apa tujuan derma tersebut? dengan nama derma 'Amal Jihat' tetapi sebenarnya tuan tuan telah menderma kepada tabung 'Amal Jahat' kerana wang tersebut akan di berikan kepada perkara perkara yang mendatangkan mudarat dan tak ada faedahnya pun kepada orang ramai mahupun penduduk kampong berkenaan.

Pemimpin BN datang membawa macam macam nikmat sedang Pemimpin pembangkang datang memungut duit dari orang ramai untuk p[eriok nasi mereka, siapa yang zalim sebenarnya?.

Belum pernah kerajaan BN minta duit rakyat untuk membuat sesuatu projek, kecuali jika projek telah disiapkan dahulu, saperti lebuhraya, kerajaan siapkan dahulu kemudian baru di kena kan cukai (tol) kepada yang mengunakannya, yang sudah pasti hanya yang mengunakan sahaja akan terlibat berbeza mengambil duit rakyat untuk buat lebuh raya dan belum tentu orang itu akan mengunakan lebuh raya tersebut.

Sekiranya projek itu gagal maka rakyat tidak akan menanggung bebannya, berbeza jika mengutip duit orang ramai bagi menjanjikan sesuatu yang belum pasti, jika gagal projek tersebut bagaimana? adakah jaminan duit itu akan kembali kepada rakyat ? jika duit derma pula kemana akan di salurkan nanti?.

Jadi disini kita juga bolehlah diguna pakai pendekatan parti PAS ini, untuk memberi undi kepada orang kafir untuk menjadi khalifah orang Islam di bumi Malaysia ini. Apa salahnya mengundi MCA dan MIC?.

Bukankah kedua parti ini terdiri dari orang kafir yang dulunya dikatakan haram mengundi mereka ini.

Sedangkan dari dulu kini dan selamanya mungkin belum pernah pun MCA dan MIC ini menentang peraturan agama Islam jika di bandingkan dengan DAP dan kafir yang ada didalam PKR, yang terang terang cuba menolak agama Islam, cuba memingirkan orang Melayu dan kuasa Raja Raja Melayu. 

Seharusnya Dr Khairuddin Razali memberi nasihat kepada Nik Aziz, cukup cukuplah rakyat Kelantan itu di zalimi dan katakan juga bahawa cukup cukuplah jika tidak mampu untuk menjaga amanah rakyat.

No comments:

Post a Comment