DEPA KATA - Badische Anilin und Soda Fabrik (BASF) menarik diri dari projek Pembangunan Bersepadu Penapisan Minyak dan Petrokimia (Rapid) di Pengerang.


DEPA KATA..., " Firma minyak dan gas dari Jerman, Badische Anilin und Soda Fabrik (BASF) menarik diri dari projek Pembangunan Bersepadu Penapisan Minyak dan Petrokimia (Rapid) di Pengerang, Johor, kerana memikirkan reputasi syarikat pada masa depan.
Isu alam sekitar, pemilikan tanah dan kampung warisan punca BASF tarik diri. Isu Rapid bukan saja jadi isu nasional tapi sudah menjadi isu dunia.
Mungkin tak tahan dengan tekanan dan himpunan (anti-Rapid), (maka) BASF tarik diri, dan pengunduran syarikat berpangkalan di Eropah itu sebagai kejayaan rakyat hasil tekanan badan bukan kerajaan (NGO) dan  penduduk tempatan dan sokongan Pakatan Rakyat, Mereka kesal berikutan kerajaan Johor langsung tidak membuat pengumuman rasmi berhubung penarikan syarikat berkenaan kerana itu adalah tanggungjawab kerajaan negeri. Sepatutnya buat pengumuman kerana rakyat ialah pemilik kepentingan,".


Iskkk...!!!! 

Itulah kerja depa, tak habis habis mutaq ligat segala isu yang depa sendiri pun tak tau.. itu sebab depa tak maju dok takok tu lah juga... yang bekas kepten tu pun sampai pencen dok macam tu... kot naik pangkat jadi kepten sebab QM kot..

Lain masa baca dan study lah skit isu jangan dok dengaq kata Anwar aljuburee tu... dia tu pembohong besaq hang tau dak? tak caya? pi tanya Datuk Sul,Nordin atau Datuk Seri Zahrin depa nih  cukup kamcin dan tukang putaq isu untk selamat kan Anwar... tapi tak tau lah kot hang pun sama macam depa dulu tu... kot belum sedaq ja lagi...

Pertamanya ialah keputusan penarikan diri yang diambil oleh BASF adalah berdasarkan semata-mata persefahaman dan hubungan komersial yang terjalin antara BASF dan PETRONAS. Untuk maklumat lanjut, sila rujuk laman web http://www.theedgemalaysia.com/business-news/229653-petronas-basf-disagree-over-marketing-terms.html.

Keduanya tiada isu pun berkaitan alam sekitar, pemilikan tanah & kampong warisan seperti yang hang kata kerana pelabur (PETRONAS) telah melaksanakan kajian terperinci impak alam sekitar (DEIA), prosiding pengambilan tanah telah ditangani oleh Kerajaan Negeri Johor. BASF tidak akan terlibat dengan mana-mana isu seperti didakwa kerana sekiranya BASF bersetuju melabur di dalam projek RAPID, ia akan berada di dalam kawasan yang telah dimiliki oleh PETRONAS tanpa perlu melalui proses pengambilan tanah.

Dengaq ayaq gempak kamain, macam baguis baguis, "Rakyat ialah pemilik kepentingan" bab kepentingan semua mengaku hak, bab kata nak berkorban untuk kemajuan macam macam demand depa pi percaya kat puak pembangkang, Sebenaqnya kerajaan Negeri Johor tidak terlibat lansung dalam sebarang urusan komersil dua hala antara pelabur dan rakan perniagaannya. Jadi, tiada kenyataan rasmi perlu dikeluarkan oleh pihak Kerajaan Negeri Johor berkaitan keputusan penarikan diri BASF di dalam projek RAPID kerana Kerajaan Negeri Johor tidak terbabit langsung dengan pengurusan dalaman dan komersil PETRONAS untuk projek RAPID.

Ada arti ka?

No comments:

Post a Comment