DEPA KATA..., "Ramai menyokong manifesto Pakatan Rakyat..


DEPA KATA..., "Ramai menyokong manifesto Pakatan Rakyat yang menjanjikan penghapusan tol, menurunkan harga petroleum, kereta, hapuskan PTPTN, saman AES, caj elektrik dan air lebih rendah selain beberapa tawaran membantu ekonomi rakyat. Ini tidak termasuk mewujudkan sejuta peluang pekerjaan baru di samping mengurangkan kebergantungan kepada buruh asing. memperkenal gaji minima RM1,100 sebulan, melatih sejuta lepasan sekolah yang tidak melanjutkan pelajaran, membina lima universiti dan 25 sekolah vokasional, Tabung inovasi IKS RM500 juta, menyelaras cukai rakyat- kadar cukai tertinggi 26% untuk cukai pendapatan hanya mula dibayar bagi pendapatan boleh cukai melebihi RM400,00 berbanding RM250,000 sekarang".



Iskkk.....!

Banyak nya gula, tak takut kena kencen manis ka?

Kita sedia maklum, kenaikan gaji minimum ini akan turut mempengaruhi caruman Kumpulan Wang Simpanan Pekerja (KWSP) serta caruman SOCSO, bayaran kerja lebih masa dan lain-lain bayaran upah yang berdasarkan kepada gaji asas, ini kira majikan yang kena tanggung, majikan ok ka bab ini? terutama majikan kecil kecilan.

Jalan penyelesaiannya syarikat kenalah naikkan harga barang dagangan untuk menampung kenaikan kos operation,terutamanya mereka yang terlibat dengan industri kecik, tetapi syarikat tidak boleh berbuat demikian kerana pengeluaran barangan terkawal dimana turun naik harganya adalah ditetapkan oleh kerajaan.

Tak taulah depa nih dok kaji tang mana, lagi satu bila belanja saja depa dok ingat duit Petronas, dan jual  balak.. iskkk...!!!! 

Lagi satu depa kata nak bina 5 universiti dan 25 sekolah vokasional, ini kira jika diambil 5 tahun pemerintahan, nak tanya lah juga berapa universiti dan berapa sekolah vokasional yang telah di bina di negeri Pakatan? terutamanya Kelantan yang dah 25 tahun memerintah Kelantan tu.

Bab negeri lain tu tok sah habaqlah, bukan setakat Universiti ..surau kecil pun tak ada satu pun yang depa bena.

Iskkk.... jangan makan banyak sangat gula... penyakit mai nanti sendiri jugak yang susah.

No comments:

Post a Comment