Pengerusi Boustead Holdings Berhad harus tampil memberikan penjelasan.


DEPA KATA..., " Datuk Mahfuz Omar menggesa Pengerusi Boustead Holdings Berhad tampil memberikan penjelasan berhubung pembelian Astacanggih Sdn Bhd milik ahli perniagaan, Deepak Jaikishan. Penjelasan itu penting kerana pembelian tersebut didakwa melibatkan wang Lembaga Tabung Angkatan Tentera (LTAT) yang sepatutnya digunakan untuk kebajikan anggota tentera. Pengerusi Bousted perlu tampil ke hadapan untuk jelaskan kepada anggota tentera siapa yang mengarah beliau untuk mengambil alih Astacanggih yang akhirnya membawa kepada satu kerugian yang besar kepada LTAT. Sudah tentu ada tangan ghaib di belakang Bousted untuk membuat pembelian itu," 


Iskkk...!!!

Kawan ingat dah selesai dah isu ini bila Pengerusi LTAT sendiri telah memberi jawapannya, rupanya ada yang tak paham...patutlah, Tak salah orang beri gelaran nama Mr Bean sesuai sangat.

Kita imbas kembali kenyataan YBhg. Laksamana (B) Tan Sri Mohd Anwar Mohd Nor Pengerusin LTAT yang menyebut "Lembaga Tabung Angkatan Tentera (LTAT) berpendapat pembelian 80 peratus syarikat Astacanggih Sdn Bhd dan tanah di Bukit Raja merupakan tindakan korporat Boustead Holdings Bhd yang berasaskan pertimbangan komersial. Tindakan tersebut adalah untuk menambah bank tanah Boustead dan memberi keuntungan kepada Boustead dalam jangka masa panjang".

Ini bermakna kelulusan mestilah dari lembaga pengarah dan bukan keputusan orang persaorangan dan tidak juga keputusan Pengerusinya sahaja secara bersendirian didalam isu pembelian Astacanggih Sdn Bhd. Juga sudah pasti ianya tidak melibatkan LTAT walaupun sebagai pemegang saham cuma LTAT hanya akan memantau pelaburan yang di buat oleh Bousted sahaja bukan mencampuri urusan perniagaan, kecuali jika pelaburan itu JELAS boleh mendatangkan kemudaratan maka LTAT melalui wakilnya didalam Boustead boleh memberikan nasihat atau pandangan,untuk memastikan pelaburannya memberi keuntungan yang sebaik-baiknya untuk pencarum LTAT iaitu anggota ATM.

Pengerusi LTAT sendiri telah memberi penjelasan bahawa LTAT tidak terlibat dalam pembelian saham berkenaan walaupun LTAT memegang 60 peratus saham Boustead. Boustead telah menggunakan keuntungan daripada projek pembangunan hartanahnya untuk membiayai pembelian saham 80 peratus Astacanggih.

Sebenarnya pembelian Astacanggih tidak menjadi beban kepada Boustead sebenarnya tetapi ianya telah menjadi isu yang di politik untuk kepentingan politik kepada parti politik pembangkang yang ketandusan isu.

Mengapa mereka perlu melibatkan LTAT? mengapa tidak kepada pelabur atau pemegang saham individu yang ada didalam Bousted? 

Kerana LTAT merupakan sebuah badan berkanun yang ditubuhkan pada Ogos 1972 di bawah Akta Parlimen juga di sebut dibawah Akta Tabung Angkatan Tentera.

Sudah pasti ianya melibatkan Angkatan Tentera Malaysia dibawah kementerian Pertahanan yang mana Menteri bertangungjawab ialah YB Datuk Seri Zahid Hamidi mengantikan YAB Datuk Seri Najib Tun Razak apabila dilantik menjadi Perdana Menteri Malaysia.

Mereka sebolehnya mahu Datuk Seri Najib di babitkan dalam segala hal keburukan bagi tujuan untuk menjatuhkan kreadibeliti Najib sebagai seorang Perdana Menteri yang amat di cemburi oleh Anwar Ibrahim.

Ini jelas dinyatakan oleh Deepak bahawa "Sebenarnya yang membuat arahan pembelian ini bukannya Zahid tetapi Datuk Seri Najib sendiri". ekoran tindakan Zahid Hamidi menyaman Rafizi 'Lembu Belaan' yang menuduh Zahid yang memberi arah kepada LTAT untuk membeli syarikat Astacanggih milik Deepak usahawan yang suka jual nama orang besar untuk berniaga bagi tujuan 'menutup mulut'. Sebenarnya tiada arahan dari sesiapa pun dan itu adalah keputusan Ahli Lembaga Pengarah Boustead sendiri.

Tidak kah Mr Bean ini tahu bahawasanya Najib tidak boleh mengarahkan keseluruhan Lembaga Pengarah Boustead kerana bukan semua Lembaga Pengarah itu pro kerajaan mahu pun penyokong Datuk Seri Najib. Sapertimana ramainya kakitangan kerajaan sendiri yang tidak menyokong Najib.

Orang ramai harus tahu bahawa mereka ini akan serang dan memburukkan siapa sahaja tak kira apa organisasi atau GLC, asal boleh melibatkan,menjatuh dan memalukan Datuk Seri Najib mereka akan lakukan termasuk LTAT.

Cari isu lain lah Mr Bean, ini isu orang ramai sudah baca dan faham laa.



No comments:

Post a Comment