Bank-Bank Di Malaysia adalah "Pengganas"?


DEPA KATA..., "Bank Negara Malaysia (BNM) dan Bank-Bank Berkaitan Kerajaan (GLC) seperti CIMB Bank, Maybank dan Bank Muamalat adalah "Pengganas" Kenapa kita merujuk mereka sebagai "Pengganas”? Kerana mereka melakukan "keganasan". "Keganasan” digunakan secara sistematik (dalam aspek menimbulkan ketakutan dan kegerunan) sebagai satu cara untuk mengawal dan membuli.

Siapa yang menjadi mangsa? Pekerja-pekerja dan pelanggan Bank;

Bagaimana mereka mengganas? Berdasarkan tingkah laku dan tindakan berikut:

1. PENCABULAN RUKUN NEGARA - CIMB Bank terang-terangan mencabut kesetiaannya kepada Raja dan Permaisuri.

Pada bulan Mac 2012, melalui pekeliling yang dikeluarkan, CIMB telah mengarahkan semua cawangan banknya agar tidak lagi menaikkan gambar DYMM Yang di-Pertuan Agong dan Raja Permaisuri Agong yang baru dilantik selaras dengan langkah mengurangkan kos perbelanjaan bank sedangkan gambar tersebut boleh didapati dengan percuma. CIMB Bank mendakwa bahawa Jabatan Adat Istiadat & Protokol bersetuju dengan langkah ini kerana amalan meletakkan gambar Agong dan Permaisuri adalah tidak wajib.

Kami telah menulis kepada CEO CIMB, Dato’ Sri Mohd Nazir Tun Abdul Razak bagi memohon penjelasan mengenai perkara ini. "



Iskkkk....!!!!

Nih pasai apa plak???

Laaaa...bank pun dah jadi penganas? macam mana tu?

Kalau ikut depa kata, depa tertindas dengan cara majikan mereka ia ini membuli kaki tangan... 

emmm...oleh kerana aku bukan kaki tangan Bank dan bukan menjadi ahli NUBE Malaysia maka aku tak mau komenlah pasai tu semua, biarlah depa selesaikan cara kesatuan depa... mana yang baik kita sokong demi kesejahteraan rakyat.

Tapi bab penganas menindas tu aku boleh terima, bukan kakitangan sahaja depa tindas ( jika benar) malahan pelanggan mereka juga mereka tindas, sebab sebagai rakyat yang kurang berkemampuan, maka bank adalah tempat untuk rakyat mengadu didalam soal kewangan, pada yang menyangkakan bank bukan "ah long" sila fikir kan semula sebelum membuat pinjaman.

Setelah terkena baru 'che' tau bank juga adalah sejenis dengan "ah long" cuma mereka ini berlesen sahaja, mereka tak hantar gangstar sahaja untuk pungut hutang, tapi depa hangtaq 'lawyer' untuk minta hutang walaupun terlambat bayar satu hari pun.

Pengalaman yang 'che' lalui, 'che' adalah buat pinjaman peribadi dengan bank ( yang dengarnya penyokong kuat kepada pembangkang di Malaysia ini), 'che' tak pernah tak bayar setiap bulan sampai la nih dah habis pun hutang 'che' dengan bank tersebut, tetapi yang 'che' terkilan setiap kali che terlambat bayar walaupun sehari 'che' sudah dikenakan 'overdue Interest' dan bayaran 'pelbagai kos' rasanya ini termasuk kos surat guaman.

Caj 'overdue Interest' dan 'pelbagai kos'  ini melebihi hampir 4 kali ganda dari jumlah bayaran balik pinjaman yang 'che' buat contohnya nak bagi pemudah paham, jika bayaran pinjaman 'che' adalah RM2000.00 sebulan jika terlewat bayar walaupun sehari 'che dah kena denda bayaran tunggakkan sebanyak RM8000.00 dan begitulah seterusnya, dah hampir sama macam 'ah long.

Dan caj ini akan kekal kena bayar walaupun bayaran bulanan tersebut telah diselesaikan, dan berterusan walaupun hutang 'che' dah habis dibayar sepenuhnya....taubat lahum.

Jadi peringatlah, benarlah bank tempat kita minta bantuan untuk selesaikan masalah kewangan tetapi bukan lah tempat yang boleh selesaikan masalah kewangan kita. 

Ok kita tinggalkan bab itu, mai kita jengok pulak bab tidak mahu menaikkan gambar DYMM Yang di-Pertuan Agong dan Raja Permaisuri Agong adalah sudah keterlaluan walaupun ianya bukan perkara wajib tetapi bagi institusi kewangan yang besar saeprti bank tidak harus memandang perkara ini sebagai remeh dan terlalu berkira didalam mengeluarkan perbelanjaan untuk 'menaikkan ' gambar DYMM Yang di-Pertuan Agong dan Raja Permaisuri Agong di premis mereka.

Perkara ini sama saperti melanggar kepatuhan dalam menghayati rukun negara "Kesetiaan kepada Raja dan Negara" 

Takkanlah nak keluar modal untuk nakkan gambar DYMM Yang di-Pertuan Agong dan Raja Permaisuri Agong pun tak boleh sedang pergi bercuti luar negara boleh pulak... ini tak patut laa.

1 comment:

  1. bank2 dimalaysia BINATANG SETAN PENYAMUN

    ReplyDelete