DEPA KATA, FAM nih tak boleh di tegoq


DEPA KATA..., "Datuk Seri Shahidan Kassim menjadi mangsa Artikel 88 Statut 2010-2014 FAM apabila digantung dua tahun enam bulan dan didenda RM39,000 kerana kesalahannya mengkritik badan induk itu. Begitujuga dengan Tan Sri Annuar Musa yang juga Presiden Persatuan Bola Sepak Kelantan, digantung dua setengah tahun kerana melanggar peraturan yang sama.  Sebelum itu, dua bekas Naib Presiden FAM, Datuk Raja Ahmad Zainuddin RajaOmar dan Allahyarham Datuk Ahmad Basri Akil menjadi 'mangsa' hukuman FAM berikutan kritikan mereka terhadap badan induk itu".


Iskkk....!!!

Betuilah DEPA KATA, FAM nih tak boleh di tegoq, mereka ini ada kekebalan kalau dilihat seburuk mana pun depa tetap gah dikalangan depa, siapa tegoq siap!!!.

Seolah macam depa ini dok duduk dalam kepompong sendiri tak amik tau lansung suasana persekitaran sahinga ada yang kata "FAM memang dibenci peminat sejak dari dulu lagi kerana mereka tidak pernah menghormati atau mendengar cadangan daripada peminat sedangkan bola sepak adalah milik masyarakat dan bukannya milik FAM,"..tu diaaa.

La nih siapa pun yang tak sebulu dengan kumpulan depa kalau tegoq sahaja akibatnya bakal berhadapan dengan tindakan dan hukuman yang tidak di bicarakan, betui punya kuku besi.

Tapi itu untuk yang had orang biasa yang ada gelaran Dato, Tan Sri bagai... nih TMJ (Tengku Mahkota Johor) Tunku Ismail Idris Sultan Ibrahim, ada jugak buat teguran dan mengkritik mutu pengadilan yang dikatakan lemah, bukan sahaja pada perlawanan membabitkan Johor Darul Takzim (Johor DT) tetapi dalam hampir semua saingan Liga Malaysia.

Kita nak tengoklah ada beranikah orang orang teratas FAM mengambil tindakan kepada Baginda, jangan pilih bulu pulak kalau nak ambil tindakan.

Sepatut FAM seharusnya lebih bersifat terbuka menerima kritikan kerana ia dapat membantu menambah baik persatuan itu dan bukan terus menjatuhi hukuman ke atas pihak yang membuat teguran. Jangan sampai suatu hari nanti semua orang jemu dengan tindakan FAM.

No comments:

Post a Comment