DEPA KATA.., Najib bercakap besar..


DEPA KATA..., "Kita tidak nampak kenapa pilihanraya masih tidak nampak bayangnya akan tiba, kalau ada pun bayangnya ialah dengan melihat BN melakukan serangan terhadap pimpinan pembangkang dengan tidak beretika dengan sumpah seranah yang dibawa oleh media perdana setiap malam.Najib yang bercakap besar itu tetap dan masih seorang Perdana Menteri yang tidak dipilih rakyat, Pilihanraya umum tidak juga sampai sedangkan waktu tamatnya penggal ke-12 ini sudah hampir ke penghujungnya. Isu pencerobohan di Lahat Datu dan Semporna mungkin dijadikan sebagai isu yang menghalang pilihanraya tidak diadakan sampai ke penghujung penggal. Kita tidak nampak kenapa pilihanraya masih tidak nampak bayangnya akan tiba. Jika masalah di Sabah itu berlarutan pasukan keselamatan tetap akan menjalankan tanggungjawab mereka terhadap negara walaupun siapa yang memerintah negara kita selepas pilihanraya nanti. Angkatan Tentera, Polis dan yang lain-lain itu adalah penjawat awam yang ‘professional’ dan tugasnya ialah untuk memberikan khidmat kepada ‘government of the day’ tidak kira Pakatan Rakyat atau BN yang memerintah".


Iskkk....!!!

Betuilah tu...siapa pun kerajaan yang memerintah Polis dan ATM akan terus taat setia demi negara yang berdaulat.

Tapi selama ini mengapa digelar Polis itu anjing Kerajaan dan Barua UMNO? mengapa kepada sesuatu yang tidak memihak maka angota keselamatan akan ditaraf kan sebagai Anjing dan di keji dengan pelbagai bahasa.

Mengapa sekarang ini mereka mengaku yang pihak keselamatan adalah penjawat awam yang profesional?

Mungkin kerana telah "bertanya kepada pokok mengapa bergoyang" kah?

Najib menyerang pemimpin pembangkang?.. jika dilihat disetiap ceramah pihak pembangkang siapa yang paling kuat mereka serang? dan adakah Najib menyerti ceramah rapat umum saperti mereka yang berceramah hampir setiap malam, atau tak paham diantara memberi ucaptama dengan ceramah umum.

Betul..Najib bukan dilantik melalui pilihan raya tetapi melalui haraki dari parti yang memerintah, dan kita kena paham Datuk Seri Najib mengambil kerajaan di ketika kerajaan berada pada kedudukan lemah,rapuh dan Najib sendiri di kelilingi oleh orang orang dari lantikkan pemimpin sebelumnya.

Walaupun dikesan mereka ini adalah 'masalah' maka Najib terpaksa bertahan buat sementara sebelum dapat mengantikan yang masalah ini dengan orang baru, Najib tidak mengambil keputusan terburu buru, kerana jika Najib membuang kesemua yang 'bermasalah' dari kepimpinan terdahulu maka lebih mudah kerajaan Najib runtuh, jadi tiada pilihan Najib kena bertahan dengan kekuatan kumpulan 'bermasalah' ini.

Soal untuk mengadakan pilihan raya, ianya tak ada isu cepat atau lambat, tamat tempoh dan sebagainya, Yang menjadi terasa lambat adalah kerana 'letih menuggu' dan bagi pihak penyokong kerajaan pula mereka sudah 'muak dengan suasana' tetapi dapat dihakis kerana mereka ini terus bekerja untuk mendampingi rakyat berbeza dengan yang duduk terkangkang hanya menunggu tarikh pilihanraya sahaja, sebab mereka bekerja hanya pada pilihan raya, sedang penyokong Kerajaan BN mula bekerja dan berkhidmat sebaik sahaja keputusan PRU di umumkan.

Hari ini genap lima tahun kerajaan PRU12, penuh dengan panca warna dan haru birunya...

Semoga kerajaan BN akan terus menerajui Negara untuk sebuah Negara yang Berdaulat.

No comments:

Post a Comment