Fitnah Liwat II adalah konspirasi politik..


DEPA KATA..., "Fitnah Liwat II yang dilempar Umno BN ke atas Ketua Pembangkang, Datuk Seri Anwar Ibrahim kini terjawab apabila bapa Saiful Bukhari, Azlan Mohd Lazim mengaku kes liwat kedua adalah fitnah dan konspirasi politik. Saiful juga diperguna pihak tertentu khasnya melalui Pegawai Khas Perdana Menteri bagi tujuan tersebut. Fitnah itu adalah satu konspirasi politik menjatuhkan imej Anwar Ibrahim. Kes Anwar-Saiful  adalah konspirasi politik jahat untuk memenjarakan Anwar kali kedua. Pendedahan ini dibuat kerana mahu rakyat yang cintakan negara ini tahu niat jahat pihak yang memfitnah".


Iskkk...!!!!

Apa kah maksud "aku akan musnahkan UMNO dan kau sekali", yang di ungkapkan oleh Azlan Mohd Lazim, tidakkah ini menampakkan ada yang tak kena dengan bapa kepada Saiful ini?.

Jawapan awal Saiful berbunyi  "bapak diperguna.sy tetap istiqamah.Tdk sesekali berganjak.Tgh fikir tindakan balas, selanjutnya, sy tak mahu melatah.Salam buat rakan2 lain..'  - Saiful Bukhari"

Azlan Lazim merupakan antara yang paling kecewa apabila anaknya kalah dalam perbicaraan dan membidas siapa saja, termasuk Majlis Peguam yang cuba menghalang pihaknya dari membuat rayuan. Akhirnya, atas usahanya jugalah, kes tersebut kini berada di tangan Mahkamah Rayuan.

Orang ini jugalah yang ke hulu ke hilir mengiringi Anaknya, melihat dengan mata dan mendengar dengan telinga, baik ketika mengangkat sumpah laknat dan mengiringi Saiful bersumpah di hadapan Kaabah. Adakah semua yang dibuat dan diusahakan adalah semata memenangkan konspirasi Kerajaan?.   

Atau adakah ini satu bonus terancang setelah pakatan pembangkang dilihat tidak mampu menepis isu pencerobohan pengganas Sulu, dan kenyataan ‘U-Turn’ bapa Saiful Bukhari, akan dapat menyelamatkan sedikit kredibiliti Anwar yang sudah hancur lebur. 

Ramai melihat Anwar tidak boleh mengalih perhatian kita dari isu Sulu, biar berapa pun yang dilaburkannya untuk sesiapa saja membuat U-Turn mengenai apa jua isu yang berkaitan dirinya.   

Kita bukan nak masuk campur sangat isu Saiful ini, ini masalah Saiful, Anwar dan keluarganya biarlah mereka selesaikan selagi tidak membabitkan negara.

Isu Sulu adalah isu nyawa rakyat dan kedaulatan negara.  Isu Azlan dan Saiful adalah isu maruah anak dan keluarganya.  

No comments:

Post a Comment