DEPA KATA: Skandal seks dalam SPAD?



DEPA KATA.., " Pengerusi Suruhanjaya Pengangkutan Awam Darat (SPAD) melindungi sesaorang yang dituduh telah melakukan "Sexual harassment", Orang yang dituduh itu pula hanya berkelulusan SPM tetapi dikatakan telah dilantik menerusi kabel dengan Syed Hamid Albar dan turut diberitahu bahawa dia akan memegang jawatan selaku Ketua Jabatan Komunikasi di SPAD. Orang ini tidak layak untuk menduduki kerusi terse but kerana hanya memiliki kelulusan SPM sahaja".



Iskkk...!!!!

Sampai lagu tu depa punya cerita...

Betui ka ada berlakunya "Sexual harassment" tu?, ada pertuduhanka? ada dibuat siasatan dalaman ka untuk pembuktian?

Kalau semuanya ada barulah boleh kata "ada pertuduhan dan pembuktian" dan boleh lah bawa ka muka pengadilan atau makamah, kalau tak ada, tu kira macam main serkap jarang saja laa. Saja buat sakit hati kat kawan.

Tapi kalau sendiri pun dah berpakaian macam galak untuk orang tengok, awatnya nak marah kalau ada orang tengok? dah 'cara' hang suruh orang tengok.

Lagi satu kalau setakat ada SPM tak boleh pegang jawatan ka? dolu dolu berapa ramai cikgu yang ada Diploma sebelum jadi guru rendah? atau Degree sebelum jadi cikgu sekolah menengah?.

Kenaikkan pangkat diambil kira juga dengan pengalaman, apa tah lagi jika sipolan ada mengambil kursus pengurusan dan kursus yang berkaitan, rasanya tak salah jika diberi peluang. Selagi orang itu mampu melaksanakan kerja nya, bukan setakat ada kelulusan tapi memanjang ada kat kedai kopi atau kat kentin pejabat.

Tapi biasa lah bila kena kat kita semua boleh kena kat kawan semua tak boleh, nak buat lagu mana penyakit harsad nih sejak azali lagi dah ada.... apa tah lagi kalau tamak dan haloba dah serumpun lah tu.

Udah udahlah membenci sesama sejawatan, mungkin ini bukan rezeki kita, mana tau esok lusa rezeki kita pulak...bawak lah sabaq. 

2 comments:

  1. 'Tapi kalau sendiri pun dah berpakaian macam galak untuk orang tengok, awatnya nak marah kalau ada orang tengok? dah 'cara' hang suruh orang tengok.'


    --- kalu yg kena tu dok pakai tudung litup, hang nak kata apa?

    ReplyDelete
  2. kalau zaman dulu, berapa kerat sangat yang ada spm, apatah lagi ijazah. zaman sekarang, cikgu prasekolah kerajaan pun kena ada degree.
    lagi ramai orang yang layak dapat jawatan tu yang dah laburkan masa dan duit untuk dapatkan ilmu. kalau senang2 je boleh jadi ketua dengan spm je, siapa la nak bodohkan diri amik degree. akibatnya satu negara la mundur. syarikat gergasi mnc pun tak nak masuk negara.
    lagi satu, kalau hang nampak perempuan pakai mini skirt dalam lrt hang berani ke gi usap2 paha dia tanpa izin? kalau ye, tak tau la nak kata apa lagi. sepatutnya boleh tahan nafsu sebab tuhan dah bagi kita akal...

    ReplyDelete