DEPA KATA: Umno tetap tidak berputus asa..


DEPA KATA.., "Nampaknya Umno tetap tidak berputus asa untuk menjatuhkan maruah Datuk Seri Anwar Ibrahim walau dengan apa cara biarpun melalui fitnah demi fitnah. Agen fitnah Umno begitu bersungguh mempromosikan beberapa laman web blog yang memaparkan seorang tokoh yang kononnya Anwar Ibrahim sedang bercumbu dengan seorang lelaki. Bagi mereka, fitnah terbaru daripada penyokong Umno adalah fitnah liwat 3 menjelang PRU13 yang mana BN bakal tumbang, beberapa keping gambar yang disyaki adalah sedutan dari video telah dilakonkan oleh penyokong BN kini tersebar di sebuah blog yang baru ditubuhkan dan hanya mempunyai post ini saja. Berdasarkan kajian kami, gambar-gambar yang kami percaya adalah sedutan dari video, adalah rakaman oleh pelakon-pelakon upahan Umno kerana mereka tahu bahawa BN bakal menjadi pembangkang. Dari pengamatan kami, badan lelaki dalam gambar itu adalah terlalu tegap dan terlalu muda, tiada kedutan jika mahu dibandingkan lelaki berusia 65 tahun. Umno begitu hebat dalam melakonkan watak orang orang yang menjadi musuh kepada kuasa mereka dan begitu terdesak mematikan watak penting dalam merakyatkan ekonomi rakyat,".


Iskkk....!!!!

Tak habis habis lagi UMNO ini noooo?

Betuikan UMNO punya kerja? ka puak depa sendiri yang menabur dan menjaja perkara ini untuk menarik simpati penyokong mereka dan mengajak kembali menyokong gerakan mereka yang kini telah ditolak oleh penyokong mereka sendiri, ini lah ilusi pengalihan dari perkara sebenar yang Pakatan telah ditolak oleh penyokong mereka sendiri.

Setelah usaha beberapa orang harapan Pakatan telah telah berakhir, ada yang menemui ajalnya dan ada yang sedang dibicara, malah ada panglimanya yang dipertikaikan kredibelitinya oleh ahli mereka sendiri, Maka 'sesuatu' perlu di cipta untuk menagih simpati dengan apa cara sekali pun. Walaupun yang perlaku dengan aksi bercumbuan dengan sesama jenis didalam gambar tersebut adalah lakunan semata bagi memburukkan pihak lawan, dan perlakunya pula pasti menafikan dan menuduh ini fitnah walaupun jelas rupa bentuk dan fizikalnya sama dan dikenali.

Ya !!.. mungkin ini hanya lakunan sekadar untuk mengalih pandangan... mana kita tahu.

Sebenarnya siapa pun perlaku didalam gambar terebut adalah tidak penting lagi. walaupun mereka mengatakan ini konspirasi UMNO tetapi siapa yang melakukan perbuatan terkutuk itu?. 

Bila kena dedah kata ini konspirasi, kalau tak dedah siapa yang galak menyontot?. Takkan berlaku jika tahu itu perangkap konspirasi, yang pergi sontot tu buat apa?.

Kalau sekali terperangkap dan tak berlaku lagi perkara yang sama boleh lah kot di terima dek akal, tapai kalau dah kerap, pulak dengan pelbagai jenis pasangan boleh percaya ka orang ini dari keturunan baik baik?.

Sama saperti kes Saiful dan bapanya, siapa yang kena sontot? siapa yang menafikan?.

Sebenarnya orang ramai sudah letih, bosan dan penat dengan skandal yang mengelilingi pemimpin utama di dalam Pakatan ini, Sedar atau tidak, isu skandal seks ini sudah menjangkau 15 tahun.

Jadi isu video sex dan yang terbaru paparan gambar bercumbuan sesama jenis yang perlakunya hampir sama dengan pelakun video sex mentaram "Cina Doll" tidak akan memberi sebarang kesan atau keuntungan politik kepada UMNO dan Barisan Nasional.



Apa persamaan mereka..?


No comments:

Post a Comment