Pencerobohan di Lahad Datu, Sabah hanyalah sandiwara.


DEPA KATA..., "Pencerobohan 100 lelaki bersenjata di Lahad Datu, Sabah hanyalah sandiwara. Ini kes yang dirancang dan tidak percaya TLDM tak efisien. Malaysia ada bot laju, CB90 (combat boat) Tidak mungkin mereka (penceroboh bersenjata) boleh terlepas. Ini semua untuk manfaat politik. Sama macam Al-Maunah. Tak masuk akal satu Land Rover boleh bawa ratusan rifle, orang tak perasan dan masuk (kem) buka armory. Fikir punya fikir, macam sandiwara,” 


Iskkk...!!!

Tak sangka aku, dok dalam tentera pandai awatnya bila dah bersara jadi semacam bebai?

Awatnya masa dalam TLDM dulu tak mau bantah kata kes Al Maunah itu sandiwara? masa kes tu sandiwara apanya pulak? Pilihan raya ka 2000 tu?

Nama sahaja pegawai tinggi, tapi mungkin hanya dok goyang kaki kat opis ja kot..tak pernah turun padang, tu pasal bila dah bersara jelas nampak macam tak tau apa pun pasai ketenteraan.

Nih chek nak habaq....Amarika tu punyalah canggih..apa yang depa tak ada... awatnya dengan pendatang dan penceroboh dari Maxico pun depa tak boleh handle?

Depa nih mai masuk sedikit demi sedikit dengan bot pancung dalam kawasan yang mana sempadan adalah kabur dan menjadi tradisi penduduk tempatan berulang alik. Baik nelayan mahu pun mereka yang berniaga mengunakan perairan laut, lagi pun kawasannya luas.

Mereka tak mai secara kumpulan, faham dak depa mai sedikit sedikit.. lama lama ? ini pun tak boleh fikir. Mana nak fikir masa tu pun tengah sebok kumpui harta, tup tup tak dan tu yang mengamok sakan tu.

Tidak ada negara dalam dunia yang tidak di tembusi sempadannya. Negara China yang terkenal dengan Gerat wallnya juga di cerobohi orang bangsa Mongolia Nomad atau bangsa padang steppe yang berulang-alik (serupa dengan kes Lahad datu - golongan yang tidak mempunyai sempadan). Hatta Mekah pun pernah di cerobohi oleh bukan Islam. 

Bab kata ini sandiwara kerajaan ini mungkin sebab orang ini dulu pun suka bersandiwara masa bertugas, Naik pangkat pun sebab pandai bersandiwara, bila orang dah boleh baca mulalah meracau macam orang gila talak.

1 comment:

  1. Betullah kenapa sekarang baru berubah. Cuba baca ni http://kingofgoblok.blogspot.com/2013/03/dalang-pencerobohan-sulu-telah-di-kenal.html

    ReplyDelete