Anwar Kata Jangan Ikut Agenda Mahathir

DEPA KATA -  Bekas Ketua Pembangkang, Anwar Ibrahim meminta pemimpin PKR supaya tidak mengikut agenda bekas Perdana Menteri Tun Dr Mahathir Mohamad sebaliknya menumpukan kepada agenda rakyat.
Anwar kata isu berkaitan kenaikan harga barang, kebajikan dan kontroversi berhubung Pengeluar Tenaga Bebas (IPP) perlu diberikan perhatian dan menjadi agenda utama.
Kekalkan kerjasama tidak timbul perkara itu... kita kata jangan lupa agenda, bukan ikut agenda dia (Mahathir) tetapi ikut agenda rakyat. Harga barang macam mana, kebajikan macam mana dan IPP (Pengeluar Tenaga Bebas) macam mana, jangan ikut sistem kroni dan rasuah serta kezaliman lalu. Itu mesej saya. - Anwar Ibrahim





Iskkk..!!! 

Kesian Anwar, setelah di sumbat dalam penjara, alih-alih depa pun kalih pi sokong Madey yang sama sama depa tentang dulu ketika zaman reformasi, apa yang tak berlaku waktu itu? kedai terbakaq, kereta rosak kena pijak, orang cedera boleh kata setiap minggu ada sahaja laungan reformasi.

Depa yang dulu dok jerit reformasii kini dok berada saing dengan Madey, siap boleh angkat-angkat tangan sekali terutama Azmin Ali yang dulu paling kuat maki Madey ini kata Firaun dan bapak kezaliman.

Tak tau tang mana silap si Azmin, Tean Chua dan dua tiga kutu lain boleh tertonggeng dengan Madey, kalau dulu orang kata Madey bela hantu kita tak percaya la nih mungkin kot boleh masuk akai skit sebab semua yang dok maki hamun madey kini macam dah duduk bawah tapak kaki Madey ja.

Tapi apa pun politik ini seribu kemungkinan, macam-macam boleh jadi puak depa nih.

Usah dok peliklah kelaku puak politik kuasa dan duit nih, depa sanggup buat apa saja janji tercapai, gadai pungkok pon tak pa.

No comments:

Post a Comment