Mahathir Kini Ketua Pembangkang


DEPA KATA ... "Kutipan tanda tangan rakyat sudah pun mencukupi dan mencapai maksud 1 juta lebih, maka dimaklumkan sudah pun di sampaikan kepada majlis raja-raja dan Mahathir pun nak mohon mengadap Yang Di-Pertuan Agong.
Selain itu gerakan Selamatkan Malaysia akan terus menjelajah dan memberi penerangan di seluruh negara dalam usaha menyedarkan rakyat agar berani ambil tindakan untuk selamatkan Malaysia". Deklarasi Rakyat.



Iskkk...!!!! 

Hebat la nih Tok Dek ada penyokong sampai 1 juta orang, kira hebat lah sebab Anwar yang reform pun setakat kumpul 800 orang ja, hebat lah Tok Det nih.

Itu sebab depa dok usung Tok Dek kehulu kehilir, dari PKR sampai DAP pun sama tumpang parti PAN dan PAS pun sama tumpang sekaki kot boleh bergaya sekali naik pentas.

Setakat PAS dan PAN tu kita tau lah pasai apa depa mai join Tok Det, DAP pun kita tau sebab itu lah harapan depa sejak dari mula ..gunakan orang Melayu nak tumbangkan kan orang Melayu, selepas Nik Aziz, depa guna Ku Li ( Tenku Razaligh) kemudian depa guna Anwar Ibrahim dan la nih Tun Mahathir pula jadi barua depa.

PKR kita tau lama dah, depa bukan setuju sangat dengan Mahathir nih, cuma ini lah masa yang depa ada untuk balas dendam dengan Mahahtir tanpa disedari, kalau sedaq pun Tok Dek bukan ambil kira dah sebab nasfu dah kawai otak Tok Det, apa tah lagi kroni pulak hari hari dok hindet, mana nak selesanya Tok Det.

Tok Det kini dah jadi Ketua Pembangkang yang bakal terkangkang sama macam Anwar Ibrahim yang dia pecat dulu, Ku Li yang dulu duduk dalam Semangat 46 pun dah balik ke UMNO, Nik Aziz dah balik ke kubur, Hadi Awang dok minta nyawa dan adalah sekoq dua lagi yang cuba nasib nak buat 'U' turn sebab depa tau Tok Dek tak boleh pi mana dah.

Tak caya cuba tengok ceramah Tok Det di Stadium melawati nu... tak sampai pun 300 orang yang mai, itu pun nasib baik ada depa import orang asli, tidak kalu, malu besaq Tok Det, macam ari tu terpaksa guna Skype hantar ceramah online ja.

Dalam ceramah pula dah sampai minta rakyat jangan undi BN dan kalahkan calun BN sebab dia mau Najib tersungkuq, takut tak dan ja.. takut Tok Det yang tersungkoq dulu sebab dengar cerita Anwar Ibrahim bakal dibebaskan nanti dan tau lah dia ajaq Tok Det.

La nih ada gerakan mau bebaskan Anwar Ibrahim, bagai mana kalau kerajaan bebaskan Anwar Ibrahim, adakah Anwar akan duduk sebaris dengan Tok Det satu pentas untuk hentam kerajaan, yang kasi penjara Anwar pun puak Tok Det juga sejak berzaman Tok Det kata pecat Anwarr bukan satu kesilapan dan sumbat Anwar dalam penjara adalah kerja paling mulia dia pernah buat.

Hang nak dengaq kata Tok Det ka nak dengar kata Wan Jijah kah? jangan lupa Wan Jijah tu isteri Anwar Ibrahim, patutnya puak PKR nih minta Tok Det bebaskan Anwar dulu baru lah boleh kita pakat sokong Mahathir.

Kalau Mahathir jadi ketua Pembangkang hang pa nak letak Anwar Ibrahim kot mana? hangpa lupa jasa Anwar dah ka?


No comments:

Post a Comment