Hukum Hudud Bakal Dilaksanakan?

DEPA KATA -  BN dan PAS telah bekerjasama untuk membentangkan usul hudud di Dewan Rakyat untuk tujuan politik.
"Ini adalah kerjasama antara Umno dan PAS ... antara BN dan PAS,"
Parti komponan dalam BN akan keluar daripada BN ... Saya ingin tahu jika mereka (masih) bersedia untuk berbuat demikian,"
Mereka mendakwa bahawa rang undang-undang persendirian yang dibawa oleh Presiden PAS Datuk Seri Abdul Hadi Awang itu tidak mengikut perlembagaan.
Mereka memberi amaran bahawa sekiranya rang undang-undang itu diluluskan di Parlimen, ia akan memberi kesan ke atas sistem kehakiman.
Tidak lama lagi, kita akan lihat negara amalkan dua sistem (undang-undang),
Jika rang undang-undang itu diluluskan, ini akan merintis jalan untuk pelaksanaan hudud  di Kelantan - Setiausaha Agung DAP Lim Guan Eng




Iskkk...!!!!


Ingat depa paham sangat, loqlak juga rupanya depa, usul persendirian yang telah dibawa oleh Datuk Seri Abdul Hadi Awang yang telah dibentangkan di Parlimen, ialah bagi meminda Akta 355 Bidang Kuasa Mahkamah Syariah sedia ada, ini masalah kalau orang bukan bidang dia nak tunjuk pandai dan serba tau.

Usul ini sebenaqnya bukan bertujuan untuk ujudkan undang-undang baru, Pindaan terhadap Akta 355 ini, bermatlamat untuk memperkasakan bidang Perundangan Syariah yang sedia ada, kepada sistem yang selari dengan perkembangan semasa dan berakar kukuh kepada sumber-sumber perundangan syariah yang diiktiraf di dalam Islam.

Lagi pun pindaan hukuman Mahkamah Syariah ini hanya melibat kuasa menghukum sahaja, sebab selama ini hukuman Mahkamah Syariah terlalu rendah sahingga perlaku kesalahan tidak takut untuk ulang kesalahan yang sama dan yang nyata hukuman ini  hanya terpakai kepada orang Islam sahaja.

Contoh kalau minum arak, orang Islam ja kena bukan islam lantak pilah kalau nak tertonggeng dalam longkang pun, begitu juga hal nikah kawen contoh nya, orang islam tak leh ada gundek atau perempuan simpanan kena tangkap dan didakwa nanya, tapi buka Islam lantak hanglah nak simpang sampai dua ploh pun.

Lagi satu ia tak ada kena mengena dengan Enakmen Jenayah Syariah II Negeri Kelantan yang pernah dicadangkan di dalam Dewan Undangan Negeri Kelantan sebelum ini, nih hang dok baca lagu mana?. 

Bak kata mudah undang-undang Syariah ini hanya terpakai pada yang MUSLIM sahaja, OK? ini bukan HUDUD, kalau tak tau lain kali tanyaa, ingat cerdik sangat.









No comments:

Post a Comment