Kalau Tak tau Pi Lah Tanya, Bukan Telan Bulat-Bulat

DEPA KATA -

"Ada pihak yang mendakwa kejayaan membentang usul ini membuka ruang kearah pelaksanaan hukum hudud, manakala pihak yang lain pula menafikannya. "Ada pihak bangkit membantah kerana hukum hudud, selain ada yang tidak bersetuju kerana bercanggah dengan perlembagaan negara,"  Naib Pengerusi Amanah Kelantan,  Che Ibrahim Mohamed. 
“Ini adalah kerjasama antara UMNO dan PAS … antara BN dan PAS, Tidak lama lagi, kita akan lihat negara amalkan dua sistem (undang-undang), Kedudukan dan pendirian DAP adalah amat jelas, kami tidak akan bersetuju dengan sebarang pindaan yang bertentangan dengan perlembagaan, Dalam aspek ini, parti DAP merasakan ia bertentangan dengan perlembagaan," - Setiausaha Agung DAP, Lim Guan Eng
"MCA langsung tidak tahu Presiden PAS akan membentangkan Rang Undang-undang (RUU) persendirian mengenai hudud di Dewan Rakyat, Sehubungan itu, Tiong Lai berpendapat ia mungkin adalah hasil perbincangan antara UMNO serta PAS dan tindakan membenarkan parti Islam itu membentangkan RUU telah melanggar semangat BN". - Presiden MCA, Datuk Seri Liow Tiong Lai





Iskkk...!!!!


Untuk makluman semua yang paham dengan tak paham yang muslim dengan bukan muslim, bawak bertenang, jangan dok gawat.

Usul untuk meminda Akta 355 Rang Undang-undang (RUU) Bidang Kuasa Mahkamah Syariah sedia ada yang dibawa oleh Anggota Parlimen Marang Datuk Seri Abdul Hadi Awang di Parlimen baru-baru ini bukanlah undang-undang hudud, faham tu .. bukan undang-undang HUDUD.

Jangan mudah terpengaruh dengan puak pembangkang yang sejak dari dahulu mencari peluang dan ruang untuk mengocakkan ayaq yang tenang, tapi kena ingat juga ayaq yang tenang bukan makna tak ada boya.

Pindaan tersebut bukanlah undang-undang hudud dan keduanya, ia merupakan apa yang dikatakan sebagai "enhance punishment" iaitu peningkatan hukuman kepada hukuman yang sedia ada di negara ini dalam beberapa kesalahan syariah.

Hang tau dak hukuman syariah negara kita nih ada juga kilafnya dan agak kelang kabut, jadi pembentangan ini adalah sekadar mahu memperbaiki atau menambah baik, awat yang kalut sangat?.

Che pernah habaq dolu, ada kalanya hukuman makamah syariah kita tak sesuai dengan kesalahan dan terlalu rengan, contohnya kalau minum dikhalayak ramai, hang tau dak kena apa? kalau setakat denda dua tiga ratus depa boleh bayaq dan satu sebatan, hanpa ingat ini kesalahan tak bawak buku kerja rumah masa sekolah ka?.

Jadi pindaan itu melibatkan perkara ini, bukan rang undang-undang Hudud yang depa takut sangat, lagi pun untuk orang islam sahaja yang Mahathir kata dulu tidak adil sebab orang kapiaq tak kena ke depa hukuman ini.

Bak kata Perdana Menteri lah, perkara ini merupakan bidang kuasa mahkamah syariah dan melibatkan hanya orang Islam sahaja dan tidak ada kena mengena dengan orang bukan Islam, awat yang kepoh sangat.

Yang MCA pun satu hal, dok terpengaruh dengan DAP tu pasai apa? Pi lah tanya PM yang dok ugut nak keluaq dari parti BN tu kira nak ugut PM ka?

PM dah habaq dah kalau kerajaan nak pinda undang-undang sudah tentu akan berbincag dan membuat keputusan bersama di dalam parti BN dan prinsip itu lah yang kerajaan dok pakai sampai la ni, Dato' Seri Najib pun dok habaq apa sahaja yang kita lakukan didalam negara ini kita mesti memikirkan soal kepentingan negara secara keseluruhaannya, boleh faham ka?.

No comments:

Post a Comment