Depa Tahu Sebut Tapi Depa Tak Paham


DEPA KATA - 
Dulu pemimpin pembangkang berkata melayu UMNO adalah puak asobiah, kerana terlalu bangga dengan Melayunya, Tetapi didalam masa yang sama mereka juga menuduh pula UMNO ini kafir hanya kerana berkongsi kuasa dengan parti kafir seperti MCA dan MIC.

Mereka juga kata Ahli UMNO terlalu taksub dan fanatik dengan kemelayuan mereka dan hidup berpuak-puak dan bermusuh dengan seteru politik mereka menuduh kononnya UMNO mempunyai agenda asobiah Melayu yang sempit dan ditolak oleh Islam.




Iskkk...!!!

Saja nak habaq asobiah nih menurut pengertian yang sebenaqnya ialah satu sikap ta’asub atau fanatik sampai menjadikan sesaorang tu terlalu bangga terhadap diri, puak dan keluarganya, sikap ini menyebabkan seseorang itu sanggup melakukan kezaliman terhadap pihak lain dan sanggup menolak kebenaran dan mengenepikan keadilan.

Dulu depa kata, orang melayu ini terutama orang UMNO ini asobiah, kerana asyik memperjuangkan melayu dan bukan Islam, maklumlah orang UMNO bangga pakai baju Melayu, sahingga cadangan untuk berpakaian baju melayu ketika berada di luar negara termasuk di Makkah pun depa dok kata kat UMNO gila.

Ada yang kata UMNO dah tak Islam sampai kat Makkah pun suruh pakai baju melayu, tang tu depa kata asobiah, Macam lah MNO bodoh sangat, depa kata pakai baju melayu sebagai identiti kita orang Melayu dari Malaysia, bukan sepanjang masa pun..ikutlah masa sesuai, takkan masa nak buat UMRAH pakai baju melayu, akai adaka?.

Kalau setakat duduk dalam Masjid jalan jalan ziarah tak leh ka pakai baju melayu? tan nih pun depa kata asobiah, terlalu taksub dengan kemelayuannya, tapi depa kalau pakai jubah pi majlis kawen tu kira muslim lah sangat.

Tu tang pakaian, tapi tang kata berkawan dengan bukan Islam tu depa kata kapiaq lah pulak, tang mana yang nak ikut pun tak tau...gila ka pa.

Tapi tu tang UMNO ja, bangga dengan bangsa melayu UMNO asobiah, bangga dengan baju melayu UMNO asobiah, kongsi kuasa dengan kapiaq UMNO kapiaq.

Dari tahun 1982 depa dah mula dok kata asobiah kat UMNO nih sebab semangat kebangsaan melayu (Nasionalisma Melayu), tapi Alhamdullilah depa la nih dah sedaq, walaupun dulu pemimpin depa sanggup kata kita kapiaq pasai ada MCA dan MIC, sebab la nih depa dah ada DAP, tapi tak dan lama sebab kena talaq dah plak, UMNO asobiah tapi kapir sebab kongsi kuasa dengan kapiaq.

Pelik depa nih, selama UMNO depa kata asobiah, UMNO masih bekerja sama dengan parti bukan Islam yang depa tu? sampai la nih lansung tak boleh bekerja sama dengan kapiaq jadi siapa asobiah sebenaqnya?.

La nih depa pun dah jadi macam orang UMNO, biaq lah gambaq berbicara, sabaq ja laa.



No comments:

Post a Comment