Barisan Nasional Jangan Kenyang Perut Sangat.

DEPA KATA - Pertandingan antara parti politik dalam pilihan raya kecil Sungai Besar dan Kuala Kangsar sebagai pertandingan sesama parti serpihan dan Barisan Nasional boleh berlengang kangkong.
Pencabaran diantara PAS dan PAN sudah pasti memudahkan jentera Barisan Nasional yang tidak perlu bekerja keras kerana kedua parti berkenaan akan cuba melemahkan diantara mereka sahingga lupa akan calon Barisan Nasional.
Meskipun dinamakan pertandingan tiga penjuru tetapi di peringkat awal corak kempen dan kenyataan terbuka memperlihatkan ia pertandingan ‘dua lawan satu’. 
PAS menyerang PAN dan PAN menyerang PAS, manakala Barisan Nasional terus berjalan kebawah menemui pengundi.





Iskkk...!!!

Depa kata PRK Sungai Besaq dan Kuala Kangsaq kali ini macam pertandingan gusti depa kata, kita gusti lawan ramai-ramai lah kot, sebab depa lawan tiga dan empat penjuru jadi sudah pasti akan berlaku dua lawan satu atau tiga lawan satu.

Yang had ini dok gang dengan lawan yang nun untuk hentam lawan yang lain bak mudah kata, dua orang akan berkongsi untuk cari jalan bagi lemahkan yang seorang.

Bila sorang dah tertonggeng barulah depa lawan sama depa pulak, sebelum ini semua tau kot, PAS dok kata kat PAN bahawa parti itu adalah kaldai kepada DAP dan mereka menjadi musuh, begitu juga dengan PAN yang kata PAS bukanlah parti yang sebenar islamik lebih kuran sama ja dengan UMNO depa kata.

Oleh kerana depa dok kelahi sesam depa maka peluang ini harus diambil sepenuhnya oleh jentera Barisan Nasional untuk merapatkan diri, usah dok berlenggang kangkong bakata orang dolu, dengaq guruh kat langit ayaq dalam tempayang jangan di buang, kot tak jadi hujan sapa yang susah nanti.

Jadi jentera Barisan Nasional ingat noo... biarlah PAS melePAS dengan apa yang dah ada kat tangan dan parti PAN biaq lah tinggal haraPAN sahaja, tak pi mana pun parti nih.

No comments:

Post a Comment