Mahathir Berkempen Untuk Amanah Atau Bantu DAP

DEPA KATA -
Khairudin Abu Hasan mengatakan bahawa Mahathir akan berkempen untuk calon Amanah di kedua kempen pilihanraya kecil yang sedang berlangsung di Kuala Kangsar dan Sg Besar.
Tun Mahathir juga mengesahkan akan turun berkempen sekiranya ada pihak memerlukan bantuannya pada Pilihan Raya Kecil (PRK) Sungai Besar dan Kuala Kangsar.
Saya tidak mewakili mana-mana parti. Bukan Pas, bukan Amanah dan bukan Umno.
         Tapi saya hanya akan bantu calon yang sokong Deklarasi Rakyat. Yang lain-lain saya                  tidak terlibat," 





Iskkk...!!!

Mahathir akan turun berkempen, alamak ngerinya kalau dengaq yang had ini, almaklumlah bekas pedana menteri siapa tak gerun, nama pula Mahathir yang depa kata terkenal dengan bijak dan pandai dalam soal politik dunia.

Mahathir akan turun kempen dan bantu parti PAN, dan buka PAS walaupun kedua nya pembangkang kerana parti PAN nih parti celaru jadi kerja mudah Mahahtir untuk bodohkan depa, lagi pun PAS bukan mahu dengaq kata Mahathir depa tau Mahathir nih kuat mohong.

Jangan dok ingat Mahathir bantu kempen PAN dah rasa besaq dah, hangpa kena ingat ada ketika Mahathir turun kempen pun boleh kalah juga, siapa orang Arau mesti ingat kes kempen Mahathir tahun 1998, mungkin itu kerana sentimen Anwar Ibrahim, tak kiralah janji kalah walaupun Mahathir yang trun kempen, jadi kempen Mahathir bukan penentu kemenangan buat PAN.

Sebenaqnya Mahathir pun tak berapa suka dengan PAS ini sebab tak mau dengaq kata Mahathir, Mahathir mau letak calon dia bertanding bebas tapi PAS ketegaq mau letak calon dia juga, apa nak jadi jadilah, depa kata, walaupun depa tau calon parti depa tak boleh menang.

Yang nyata, bile Mahathir turun kempen untuk parti PAN ini beri erti bahawa Mahathir memberi sokongan kepada parti DAP yang berwakilkan PAN, kira sokong dan undi PAN sama lah dengan erti undi DAP, undi DAP bererti membiarkan melayu kena kencing.

Kita tau, DAP-lah yang selama ini menabur 'wang ringgit'  dan segala perkakas sejak mula Amanah ditubuhkan, tujuan depa maukan melayu berpecah, dulu DAP pernah cuba pada UMNO maka lahirnya PKR walaupun asasnya berkait rapat dengan isu Anwar Ibrahim, la nih parti PAS pulak melalui Mad Sabu.

Inilah matlamat Mahathir yang mahu mengkuburkan parti UMNO kerana dendam kesumatnya pada Najib, adakah dengan bekerja untuk DAP (berkempen untuk calon proksi mereka PAN) tidak mempunyai matlamat untuk menjatuhkan UMNO?.

Mungkin Mahathir dah kelabu mata, tetapi diharap pengundi dan orang melayu jangan dok ikut kelabu mata sama, akai cerdik gunakan jangan simpan dalam tempurung kepala lutut.

* Teringat Sejarah Hang Tuah,
Sultan Mahmood kata  ' Alangkah Baiknya jika Hang Tuah Masih hidup untuk berdepan dengan Hang Jebat'

La nih kena ubah sejarah ... Alangkah baiknya jika Anwar Ibrahim dibebaskan, selesai masalah Mahathir ini.

No comments:

Post a Comment