Mahathir Lebih Lama Kenal Lim Kit Siang

DEPA KATA - 
Orang paling lama kenal Lim Kit Siang ialah Tun Mahathir Mohamad.
Jadi Tun Mahathir dan Saya adalah paling lama kenal Lim Kit Siang. 
Saya bangga kerana apa yang Lim Kit Siang tulis itu banyak yang kita dapat pelajari daripadanya, tapi kita tak bolehlah habaq yang kita belajaq kat dia. 
Selama Tun Mahathir jadi Perdana Menteri tidak pernah berbohong sebagaimana Najib dok berbohong sekarang.







Iskkk...!!!

Patutlah selama 22 tahun jadi Perdana Menteri tak ramai manapun Melayu yang jadi kaya-raya, yang kian kaya adalah Cina anak-anaknya, patutlah... sebab dok dengar nasihat dari Lim Kit Siang rupanya.

la nih dah tua-tua pencen pun masih kembali dok dengaq nasihat Lim? habis selama ini siapa yang dok pikiaq dan bagi idea kat Mahathir?, ternyatalah semua rakyat Malaysia terutama ahli UMNO kena kencen hidup-hidup dengan Mahathir, tang kita depa suruh bersyukur bagai nak rak, hujung anak-anak dia yang dok kaya raya.

Anak dia kaya tak pa... orang melayu tak boleh pegang duit banyak nanti depa boros, ini Mahathir yang habaq, cuba semak balik.

La nih Lim dok bagi nasihat apa pulak? ooo jatuhkan dan turunkan Najib kalau tidak Cina tak boleh nak hidup dah, Cina lagi? nih nak tanya lah kalau betuilah Cina tak boleh idup lagi dua tahun nih ( sampai PRU 14) awatnya depa tak pi keluaq negara pi cari nyawa? awatnya masih dok terpacak disini di negara ini?.

Patutlah selama Mahahtir menjadi Perdana Menteri semua kepentingan Cina cukup dia jaga, tak caya? pi ukuq berapa banyak bangunan milik Cina dari Melayu dalam negara ini, tolak hat kerajaan punya, Tu kalau dok bangga dengan KLCC berapa kerat melayu yang ada lot disitu.

Tolong lah Pak Syeh, usah dok buat kalot, tak ada sapa susahpun la nih, konsep kita senang, hang rajin hang dapat bukan macam zaman Mahathir dolu, aku buat tak pa, hang tak boleh buat, anak aku kaya tak pa kerana dia belajaq tinggi, tapi orang melayu tak boleh kaya walaupun belajaq, tu pasal depa banyak join PAS.



Lepas tu Mahathir pura-pura kata orang cerdik tak join UMNO sebab tak ada tempat untuk orang cerdik, 30 buku Lim tulis selama Mahathir jadi Perdana Menteri (22 tahun), kira 1 1/2 buku satu tahun senang kira, awatnya selepas Mahathir berhenti Lim baru karang 2 buku sahaja. 

Kalau ikut tahun sudah 13 tahun Mahathir berhenti, awaatnya Lim baru karang 2 buku? tak ada idea ka nak hentam kerajaan Najib? La nih Najib dah 7 tahun jadi Perdana Menteri, berbanding masa dia (Lim) dok hentam Mahathir, 22 tahun Mahathir jadi Perdana Menteri, 30 buku Lim karang dok hentam kerajaan Mahathir apa barang.

Patut lah Cina yang banyak senang zaman Mahahtir, dok dengaq nasihat Lim rupanya.


No comments:

Post a Comment