Untuk Kaya Dalam Politik Kena Kuat Bohong?

DEPA KATA - Anda tidak mungkin jadi kaya-raya dalam Politik melainkan anda seorang penipu, penyamun, perasuah dan pencuri. 
"You can't get rich in politics unless you're a crook" - Harry S Truman 







Iskkk...!!!

Harry S Truman ialah bekas Presiden Amerika Syarikat ke-33, sebelum itu dia adalah Naib Presiden dan beliau mewarisi jawatan presiden dan mendapat keuntungan di atas kematian Franklin D. Roosevelt pada 12 April 1945, Presiden Amerika ketika itu.

Menyebut apa yang di sebutkan oleh Harry ini, Chek ada juga terbaca yang orang politik di Malaysia terutama dari parti pembangkang yang mengamalkan perkara ini, malah didalam kempen politik mereka juga ada diselang selikan dengan bercakap sedemikian ia ini perkara mohong.

Baru-baru ini Chek ada terbaca kenyataan seorang Wakil rakyat belah utara nuu, dia sebut “Bila seorang itu lemah dan berjaya dikeluarkan dari gelanggang, baru yang dua lagi akan berlawan dan bergantunglah kepada kekuatan, kehandalan dan kebijaksanaan menipu,”.

Ini kes lawan tiga penjuru dalam pilihan raya baik di Sungai besaq mahupun di Kuala Kangsaq.

Jadi maknanya, bahawa didalam politik perkara mohong, menipu ini adalah perkara wajib kena ada dalam jiwa seorang yang mahu bergelar pemimpin, betui ka? sampai letak tahap 'kebijaksanaan' dalam menipu tu.

Patutlah pembangkang tak pi mana pun, asyik dok mohong ja, tu pasailah juga ada wakil rakyat yang tak lama hayat sebab dok mohong, tapi ada juga wakil rakyat yang dok kekal lama sebab kuat mohong macam Mat Soton tu.

Perlukah ada sifat mohong untuk jadi wakil rakyat?, Dak ehh!!, tak semestinya perlu ada sifat lagu tu.

Tapi pikiaq punya pikiaq hujungnya Mahathir dok ada tahap kaya la nih, hangpa nak kata Mahathir mohong ka atau hangpa boleh telan kalau Mahathir mohong.

Saja nak tanya siapa yang dok dalam politik yang tak kaya la nih?. adakah depa nih kaki mohong?.


No comments:

Post a Comment