Pasai Apa Kena Pecat.

DEPA KATA -
Bila Dato' Hamidah Osman bersuara mempersoal kan Najib...Pecat
TS Muhyiddin bersuara...pecat...
DS Shafie Afdal bersuara...pecat...
DS Mukhriz bersuara...pecat..
Ketua cawangan bersuara...pecat...
Bila Pemimpin MIC dan MCA bersuara mempersoalkan dan memperlekehkan agama islam (hudud)...apa Najib buat?
Najib dan kepimpinan Nya yg lain...diam seribu bahasa....
Najib tak nak pecat dan ambil tindakan ke pada pemimpin MCA dan MIC?
Hentam Najib tak boleh..hentam Islam...suka hati kome le....mcm tu ke?
 
-Hamizura Osman



Iskkk...!!!!


Pelik juga bunyi ayat ini, Chek tak tau lah tang mana wayar yang putus, selama nih Chek baca ja, tak mau komen sebab pada Chek semua ada hak nak kata apa pun, bak kata Tok Dek selagi mahkamah tak kata bersalah maka tiada apa apa kesalahan yang dialakukan, itu Tok Dek yang kata bukan Chek ya.

Ayat kat ataih nu hang paham dak? Chek pun tak berapa nak paham tapi akai Chek kata cuba dan belajaqlah kasi paham, Baik bab pertama yang dia sebut tu semuanya nama pemimpin UMNO, depa baru kena pecat jawatan ja, belum kena pecat keahian lagi, tapi InsyaAllah akan kena jugak kalau dah melampau.

Pasai apa boleh kena pecat? sebab depa AHLI UMNO, ha!! tau AHLI UMNO yang depa dok bersuara itu depa dok kata pasai UMNO, pasai Presiden Parti, pasai perlembagaan UMNO, pasai ahli ahli UMNO jadi sudah tentu Presiden melalui jemaah Majlis Tertinggi punya kuasa untuk buat perbincangan dan keputusan, sebab ini isu dalaman UMNO.

Muyiddin, Shafie, Mukhriz dan yang lain lain tidak bercakap sebagai Menteri atau Menteri Besaq, tapi depa bersuara sebagai ahli UMNO, timbalan Presiden UMNO, sebagai Naip Presiden UMNO, sebagai Pengerusi Perhubungan UMNO Negeri, jadi yang kena ambil tindakan adalah Majlis Tertinggi UMNO dan Presiden UMNO, bukan Perdana Menteri.

Bab kedua dalam isu MCA dan MIC yang membantah pasai RUU, iaini meminda Akta 355 Rang Undang-undang, Bidang Kuasa Mahkamah Syariah, yang kena ambil tindakkan adalah Perdana Menteri, la nih Perdana Menteri sudah bagi penjelasan untuk peringkat awal makluman.

Kalau tak paham nanti adalah penjelasan susulan peringkat jemaah Menteri, mungkin Menteri yang jaga Agama atau undang-undang akan perincikan, kemudian jika tak mau paham juga, perkara akan dibawa ke Majlis Tertinggi Parti Barisan Nasional, kesemua pengerusi parti komponan depa akan duduk semeja dan bincang, jika dalam mesyuarat itu nanti terpulang pada ahli majlis untuk buat keputusan, ini baru nama Musyuarah.

Ingat depa tu bukan bercakap atas kapasiti sebagai individu, tetapi mereka mewakili parti depa, jadi yang boleh buat keputusan adalah Majlis Tertinggi Barisan Nasional, bagi menentukan kedudukan parti-parti gabongan didalam Barisan Nasional.

Bila mesyuarat Majlis Tertinggi Barisan Nasional kata pecat MIC dan MCA maka baru boleh pecat parti tersebut, kemudiannya barulah Perdana Menteri mengadakan mesyuarat kabinet dan membincangkan kedudukan menteri dari parti yang telah di pecat keluar, pecat menteri adalah bidang kuasa Perdana Menteri, faham dak?.

Alamakkk, ini pun tak boleh nak pikiaq ka? tu passal tak boleh jadi pemimpin, peraturan pun tak hafal pandai dalam facebook ja rupanya.

No comments:

Post a Comment