Sat Depa Kelahi, Sat Gi Depa Pelok Macam Laki Bini

DEPA KATA -
PAS perlu kaji semula Tahalluf Siyasi (kerjasama politik) dengan Parti Keadilan Rakyat (PKR) dalam semua pilihan raya akan datang.
PKR dilihat seolah-olah tidak menghormati PAS apabila mengadakan hubungan kerjasama dengan Parti Amanah Negara (AMANAH), yang jelas menuduh serta memfitnah PAS dengan pelbagai dakwaan tidak berasas.
Bermula dari langkah Kajang sehinggalah konspirasi menjatuhkan Menteri Besar Selangor, Tan Sri Khalid Ibrahim, pandangan dan pendirian PAS tidak dihormati selain kesucian Pakatan Pembangkang dicemari dengan perancangan tertentu di luar pengetahuan PAS. 
Memandangkan sejak kebelakangan ini, PAS dilihat bergerak secara bersendirian dan bersikap berdikari dalam menangani isu-isu politik dan masalah, maka adalah lebih baik dalam pilihan raya akan datang kita bertanding di semua kerusi tanpa bekerjasama dengan parti-parti lain.  - Dewan Muslimat Kedah.




Iskkk...!!!!

Dengaq cerita usul tersebut depa bawa masa Sidang Muktamar Dewan Muslimat PAS kali ke-56 kat sini dan diterima tanpa bahas.

Che rasa depa dah penat kot kena kencen selama duduk dalam pakatan, Che tak mau komen banyak cuma Che kesian puak puak nih, bukan salah sapa pun, tapi akibat besaq kepala lah maka depa kerap kena kencen yang nyata dalam pakatan.

tapi mungkin ini balasan Allah kot, dulu depa dok kata macam macam kat UMNO, la nih depa rasa macam mana yang depa kata fitnah tu, di mata depa UMNO nih busuk sahaja, la nih baru depa tau, tapi apa pun kita kena juga hati hati, sebab politik nih dok macam-macam ada.

Sat gi depa kelahi sat lain pula depa berpelok macam laki bini, apa pun kena hati hatilah dengan puak puak nih.

No comments:

Post a Comment