Mahathir Tidak Mampu Beli Jiwa Keluarga Anwar Ibrahim

DEPA KATA - Kenapakah Tun Dr. Mahathir, seorang negarawan ulong, pada umur lebih 90 tahun, sanggup dengan gigih bangun, dan mengorbankan keselesaan hidup sehingga dihina oleh budak didikan dia sendiri, dipecat dari jawatan penasihat Petronas, pengerusi Proton, setelah lebih dahulu beliau meletakkan jawatan tetapi tidak diterima. Setelah itu Tun dihina dengan tidak lagi diberi kemudahan pengiring polis bermotosaikal apabila beliau kemana-mana, sedangkan di luar negara, di Korea Selatan, Jepun dan Indonesia beliau begitu dimuliakan walaupun dalam lawatan di waktu beliau sedang dihina dalam negara sendiri. Belia dihina terus dengan kedatangan pihak polis untuk menyoal siasat beliau atas apa saja teguran yang beliau buat ke atas salahlaku dalam negara, sedangkan orang yang dilaporkan kepada polis sebagai penyeleweng tidak diselidik secara telus. Semua penghinaan, yang banyak lagi, tetapi terlalu panjang untuk dihuraikan, semata-mata kerana TUN MENENTANG RASUAH yang SALAH DI SISI SEMUA UGAMA, sekaligus MERUSAKKAN BANGSA dan NEGARA. TSSJ - Sanusi Junid






Iskkk...!!!

Mahathir semasa menjadi Perdana Menteri ada menyebut bahawa "sesaorang itu tidak bersalah selagi Mahkamah tidak menghukumnya bersalah".

Paklah juga seorang negarawan, mengapa Paklah tidak dihina walaupun dulu Mahathir sendiri terlibat menjatuhkan dia, sahingga tidak diberi sebarang tempat selayaknya sebagai seorang bekas Perdana Menteri, tuduhan rasuah kepada Paklah sama juga seperti tuduhan rasuah terhadap Mahathir.

Selama hampir berbelas tahun Anwar Ibrahim dan Pakatan Rakyat bercakap soal rasuah yang dilakukan oleh Mahathir sahingga kini tiada satu siasatan pun dibuat terhadap Mahathir.

Jika di lihat tuduhan Anwar terhadap Mahathir tidak kurang hebatnya sahingga mampu mengadaikan 5 negeri satu ketika dahulu, Mujur Najib mampu mengambilnya kembali, ketika era Mahathir, Kelantan hilang sahingga hari ini, Mujur Terenganu dapat dipulihkan. 

Jika dinilai sambutan luar negara, Najib juga diberi sambutan, Anwar diberi sambutan, PakLah diberi sambutan, mana mana negara tetap memberi sambutan kepada pemimpin mahupun bekas pemimpin, tak ada berkecuali kerana ini disebut sebagai protokol dan hubungan kepimpinan sesebuah negara, tak ada apa yang pelik, apatah lagi sesaorang itu bekas Perdana Menteri sesuai dengan peranannya, cuba Tan Sri keluaq negara tengok macam mana, setakat idea tanam padi atas bumbung bangunan, Jepun pun tak heran.

Mahathir baru kena hina dengan mereka yang tak sebulu dan yang berhasrad sahaja dengan dia, tapi Mahathir hina Nabi sahingga jenuh kami bersilat nak jawab dan pertahan kenyataan Mahathir dari serangan puak parti PAS dahulu.

Mahathir menentang rasuah? berapa ramai yang kena tangkap di zaman Mahathir yang terlibat dengan kes Rasuah? cuba bandingkan dengan era kepimpinan Dato' Seri Najib, berapa ramai yang kena tahan baik dari peringkat menteri sahingga pegawai penjawat awam, Tan Sri patut baca juga kenyataan Anwar Ibrahim siapa paling rasuah dalam kerajaan era Mahathir.

Patut juga baca kenyataan Raja Petra, yang dulu kuat menghentam Mahathir dan menteri-menterinya termasuk Dato' Seri Najib pada era reformasi yang memberi sokongan kepada Anwar Ibrahim dan mengapa tiba-tiba hari ini Raja Petra memberi sokongan kepada Dato Seri Najib pula? sebab mungkin Anwar hanya berkata Mahathir pemimpin rasuah dan tidak menyebut pun Najib.

Ingat Anwar Ibrahim menyerang Najib bukan dalam isu rasuah tetapi 'kekuatan' Najib perlu di lemahkan agar UMNO dan Barisan Nasional boleh dikalahkan, kekuatan dan kebijaksanaan Najib menguruskan setiap Negeri di Malaysia menjadi mimpi ngeri, contoh terbaik ketakutan mereka terhadap Najib ialah kemampuan Najib mengambil kembali negeri yang di tawan oleh pembangkang baik semasa PRU 12 dan selepas PRU 13.

Kekuatan Mahathir? di usia 90an Mahathir tidak mampu membeli jiwa Wan Azizah dan keluarga Anwar Ibrahim serta Hadi Awang Presiden PAS yang pernah kafir kan UMNO.

Sepatutnya diusia sebegini mampu menarik simpati siapa sahaja untuk tidak berkata apa kepada sebarang kenyataannya, perasan hormat sebagai satu budaya Melayu hilang terhadap Mahathir, kebanyakkan mereka yang menjerit 'Hidup Mahathir' mungkin belum lahir lagi atau masih bermain dengan pasir dan air parit ketika berlakunya kebiadapan Mahathir terhadap Tunku Abdul Rahman ( ketika itu berusia 80 an).


Mungkin ini balasan Allah kepada Mahathir, apa yang telah Mahathir lakukan dahulu, di timpakan semula kepada Mahathir dan diaibkan sebelum ajal menjemput. 

Jadi Tan Sri boleh lah menyebut mahkamah mana yang telah membuktikan Najib bersalah, jika segala keterangan yang telah dibuat oleh Najib tidak memenuhi kehendak Mahathir dan Tan Sri sendiri.

No comments:

Post a Comment