Hanya Pemilik Degree Dan Diploma Sahaja Boleh Duduk Sini




DEPA KATA -

Anda harus memiliki kelulusan sekurangnya Degree atau Diploma dan memiliki pengalaman bekerja selama sekurangnya 2 tahun dalam bidang bakat dan kemahiran untuk memiliki sebuah apartment yang berharga bermula dari RM150,000 di Pulau Pinang, Anda juga harus seorang yang telah mendaftar pengundi di Pulau Pinang.




Iskkk...!!!

Tu dia ehhhh, kalau suatu ketika Mahathir kata hanya orang bodoh ja ada dalam UMNO la ni sahabat karib Mahathir, Vincent Tan mahukan hanya orang bijak pandai sahaja duduk di Pulau Pinang.

Tengok iklan tawaran beli rumah, bukan banglo tapi rumah bertingkat kira apartment la, sekurang-kurangnya pembeli kena ada diploma itu kira paling chekai la atau Ijazah Sarjana Muda (Degree) la kalau nak beli rumah tu, dasat jugak perancangan mereka mahu monopoli tanah untuk kaum mereka.

Ini adalah prjek perumah yang dibangunkan oleh Berjaya Land Development (BLD), dan BLD adalah anak syarikat kepada Berjaya Corporation Bhd milik Vincent Tan.

Mungkin ini dalam sejarah untuk membeli rumah hang kena ada kelulusan Degree atau paling cekai Diploma, kalau setakat ada Sijil Tinggi Persekolahan Malaysia (STPM), Sijil Pelajaran Malaysia (SPM) hang pa pakat mampu tengok ja la, ini lah keadilan kepimpinan parti yang hang pa beri sokongan dulu, parti DAP, padan muka hang pa. 

Selama kerajaan Barisan Nasional membina perumahan rakyat baik kondo ka apa ka, belum terjadi lagi untuk membeli rumah kena tanya 'hang kelulusan apa?' kalau tanya gaji itu logik akal lah sebab nak tahu kemampuan untuk membayar semula pinjaman bank, (tapi kalau hang kaya boleh ja beli tunai, bank pun tak tanya berapa gaji hang).

Tetapi projek ini kalau hang ada duit sebab hang pandai berniaga pun hang tak boleh beli sebab hang tak ada Degree atau Diploma, jangan main-main tu.

Yang nyata nak beli rumah yang di bina oleh kerajaan Barisan Nasional depa tak pernah tanya pun hang dah daftar mengundi ka belum dan belum lagi dengaq depa bagi syarat hang mesti penyokong atau mengundi Barisan Nasional, hang pernah dengaq ka lagu tu?.

Jadi ada bersebablah Mahathir kata hanya orang bodoh ja ada dalam UMNO itu sebab anak dia pun kena 'di keluarkan' dari UMNO sebab pandai sangat (pandai berlakun), sebab sahabat baik dia nak buat rumah untuk orang pandai-pandai sahaja yang boleh duduk.

Lepas ini tak ada lah orang Melayu Pulau Pinang duduk apartment macam Mutiara Jesselton ini, Melayu Pulau Pinang pakat duduk lah rumah kayu buruk macam had di Butterworth nu. 

Padan muka hang pa....   



No comments:

Post a Comment