Perancangan Dalaman Menukar Kerajaan Barisan Nasional

DEPA KATA - Jika bukan pegawai kerajaan mempertahankan dasar dan polisi kerajaan, siapa lagi?  
Tapi yang peliknya apabila ada pegawai kerajaan dengan lantang berbuat demikian diambil tindakan pulak. 
Adakah ini menjawab persoalan mengapa ramai pegawai kerajaan mahupun penjawat awam biasa bebas menentang kerajaan secara terbuka seolah mereka dilindungi. - Penggiat Media Sosial




Iskkk...!!!

Memanglah kalau kita membela kerajaan bawah kepimpinan Dato Seri Najib maka kita akan dikenakan tindakan dan amaran oleh 'Boss' jabatan kita, malah ada yang kena ugut untuk di tukarkan ke kawasan pendalaman kononnya untuk memberi sokongan di kawasan berkenaan.

Tetapi jika ada kakitangan atau penjawat awam yang mencerca Perdana Menteri mahu pun kerajaan Barisan Nasional, tiada pula di kenakan sebarang tindakan mahu pun amaran.

Adakala kita merasa kasihan dengan rakan-rakan kita yang berjawatan yang turut membantu menerangkan dasar-dasar kerajaan tetapi terpaksa menarik diri kerana telah di ugut untuk tindakan tatatertip kerana mengunakan media sosial, kononnya dalam waktu bertugas.

Tetapi bila rakan itu melakukannya pada bukan waktu pejabat, maka tindakan dikenakan kerana melakukan tugas diluar bidang kuasa, contohnya seorang rakan Doktor perubatan tidak boleh bercakap mempertahankan Perdana Menteri pada asas kebenaran.

Yang boleh membela Perdana Menteri dan kerajaan adalah mereka yang berkhidmat di bahagian koporat atau protokol atau dari pejabat ketua setiausaha kerajaan, tetapi sahingga kini belum pernah pun kita membaca atau mendengar Ketua Setiausaha Negara pertahankan polisi negara juga tidak semua Menteri yang tampil kedepan menjelaskan dasar kerajaan dan membela Perdana Menteri.

Tetapi berbeza dengan mereka yang terang jelas memberi sokongan kepada pembangkang dan kemungkinan telah melakukan pengkhianatan dengan membocorkan rahsia kerajaan, tidak pun kita mendengar sebarang tegahan atau ugutan terhadap mereka ini malah masih dikekalkan didalam kementerian, kononnya kita tiada 'hak' untuk mengawal idiologi politik mereka. 

Alangkah malangnya kakitangan yang membantu kerajaan menjelaskan polisi-polisi kerajaan dan cuba menerangkan sesuatu isu supaya kerajaan tidak terus di beri persepsi buruk di kenakan bermacam-kekangan, tetapi kakitangan kerajaan yang menghentam kerajaan bebas berbuat sesuka hati.

Adakah boss-boss di jabatan kerajaan mahu menukar kerajaan Barisan Nasional dan kepimpinan Dato' Seri Najib dalam diam-diam?.

No comments:

Post a Comment