Mahathir Bapa Penghasud Dan Perpecahan Rakyat



DEPA KATA -
Tindakan Mahathir menubuhkan parti Melayu baharu hanya merugikan rakyat negara ini terutama orang Melayu.
Tindakkan cuba menjatuhkan seorang pemimpin yang dibuat oleh Mahathir lebih terarah menjatuhkan sebuah parti yang banyak berjasa kepada rakyat.
Walaupun hanya menyebut mahu menjatuhkan pemimpin tetapi tindakan beliau dilihat ‘di luar kebiasaan’ kerana keputusan tersebut bukan sahaja hendak melanggar UMNO, malah mengheret sama rakyat pelbagai kaum. 
“Biasanya penduduk pelbagai kaum disatukan atas dasar kasih sayang, bukan dengan kebencian,” 




Iskkk...!!!!

Itulah dia Mahathir yang sejak dari dulu suka memecah belahkan orang Melayu dan keharmonian rakyat negara ini, walaupun adakal dia berpura-pura berlagak seperti seorang pejuang Melayu, itu pun ketika berucap didalam perhimpunan orang Melayu, tetapi tiada satupun tindakkannya yang menyebabkan Melayu hidup senang pada hari ini.

Kata lah kita bangga dengan KLCC, berapa kerat orang melayu yang memiliki lot disana, kita bangga dengan Proton tetapi dimana jurutera Melayu yang berjaya dikeluarkan oleh Proton sahingga untuk mencipta kereta sendiri pun masih belum mampu, sudah hampir 40 tahun proton dibanggakan tapi dimana hasil kejayaan orang Melayu mencipta kereta sendiri.

Jika dahulu Anwar Ibrahim kita gelar sebagai bapa segala salah laku, tetapi la nih kita boleh pangei Mahathir Bapa Segala Perlaku, satu ektika dia berkata bahawa Lim Kit Siang adalah Resis tetapi hari ini dia memuji Lim seolah dia baru dilahirkan semalam dan tidak pernah mengutuk dan bermusuh Lim Kit Siang.

Mahathir lah bapa segala pengkhianatan terhadap bangsa Melayu, jika zaman Ku Li mencabar Mahathir isu negara dan asal usul menjadi isu yang di mainkan oleh penyokong Ku Li tetapi semuanya dinafikan oleh penyokong Mahathir dengan gelagat tunjuk baik dan berbudaya Melayu, tetapi ternyata hari ini bahawa Mahathir adalah perosak bangsa Melayu.

Mahathir lah bapa penyemai kebencian sesama rakyat yang selama ini hidup aman damai.

No comments:

Post a Comment