"Snap Elections" Peluang UMNO Mengambil Semula Pulau Pinang


 Perayaan Hantu Lapar Pulau PInang - Provokasi DAP Pulau Pinang terhadap budaya Melayu dan amalan Muslim di Pulau Pinang semakin menjadi-jadi. 
DEPA KATA -
Biropolitik KEADILAN telah mengadakan mesyuarat mingguan pada malam ini untuk membincangkan beberapa isu termasuk isu cadangan untuk mengadakan pilihanraya tergempar ("snap elections") di Pulau Pinang.
Biropolitik KEADILAN berpendirian bahawa kami belum diyakinkan dengan tujuan atau matlamat untuk mengadakan pilihanraya tergempar. 
Namun, pimpinan KEADILAN bersedia untuk meneruskan perbincangan dengan pimpinan parti-parti komponen Pakatan Harapan mengenai isu ini. - Datuk Seri Dr Wan Azizah Wan Ismail, Presiden KEADILAN




Iskkk...!!!!

Baguis lah kalau betul depa nak buat pilihanraya tergempar di pulau Pinang nu, bukan apa ini lah pelaung untuk rakyat Pulau Pinang membuat pembetulan atas apa kesilapan yang telah depa lakukan dengan memilih DAP sebagai kerajaan depa.

La, nih mungkin dapa dah sedaq bahawa apa yang DAP janjikan selama ini hanyalah janji politik sahaja hakikatnya habok pun tarak. 

Bagi UMNO pula ini lah masa dan peluang untuk mereka merampas kembali Pulau Pinang dan peluang menambah beberapa lagi kerusi yang telah hilang dahulu adalah cerah.

Nampaknya UMNO memang ada peluang untuk mengambil semula Pulau Mutiara itu, sebab diketika ini rakyat Pulau Mutiara ini sudah mula sedaq bahawa kekayaan yang dijanjikan hanyalah kekayaan untuk adik beradik depa sahaja bukan untuk seluruh rakyat Pulau Pinang. 

Diharapkan rakyat Pulau Pinang bangkit dan memberi sokongan kepada Barisan Nasional dan UMNO untuk meneraju semula Pulau Pinang.

No comments:

Post a Comment