Depa kata.., "Timbalan Yang Dipertua Dewan Rakyat Datuk Wan Junaidi Tuanku Jaafar menyifatkan laluan di hadapan pejabat beliau ibarat Jalan Tuanku Abdul Rahman (TAR) di ibu negara, berikutan ramai orang yang lalu-lalang di laluan itu. Keselamatan adalah penting dan kita tidak mahu apa-apa berlaku dan menjejaskan keselamatan di sini. Kita sediakan payung sebelum hujan,Beliau juga berkata selain wujud masalah tempat letak kereta, ada juga orang awam yang mengunjungi Parlimen tanpa mematuhi kod pakaian yang ditetapkan".


Iskkk...!!!!.. tidak dinafi apa yang di katakan oleh Datuk Wan Junaidi itu, sekarang ini jika kita lihat Parlimen sudah saperti pasar borong dan bukan lagi sebuah bangunan aksekutif, terlalu mudah untuk sesiapa keluar masuk tanpa memperdulikan kod berpakaian dan tertip di bangunan Parlimen. Lihat sahaja Namawee yang boleh melepasi pintu keselamatan walaupun berpakaian baju 'T' tanpa berkoler, ada juga mereka yang boleh lepas ke bangunan Parlimen tanpa tujuan dan tanpa 'Kad Pelawat'. Mungkin mereka mendapat kelulusan dari 'kabel besar' penjaga Parlimen.

Tetapi kes ini mula di kesan bila Parlimen bersidang di bangunan sementara, sebelum ini di bangunan asal ianya tidak berlaku, mungkin kerana 'suasana' aksekutif yang terdapat di bangunan lama yang sedang di baiki tidak saperti di bangunan baru yang lebih tak ubah saperti dewan mesyuarat di jabatan kerajaan sahaja.

No comments:

Post a Comment