Depa kata.., "Pas digesa tidak menjadi seperti pemerintahan Ayatullah Khamenin di Iran sekiranya berjaya memerintah Putrajaya kelak. Jika ada yang bermentaliti bahawa orang agama yang berkuasa tidak boleh ditegur, negara akan menjadi lebih korup dari apa yang kita lihat hari ini. Sekarang ini Pas belum menjadi pemerintah tetapi terlalu sukar untuk mereka ini di tegur, jika di tegur mereka menjadikan kita sebagai musuh, tetapi kalau kita tidak bahas hari ini, kita akan jadi seperti Iran, yang mana pemimpinnya Ayatullah tidak boleh ditegur dan disentuh. Kalau kita tidak hati-hati terutamanya parti politik termasuk Pas, kalau mereka menjadi pemerintah dengan mentaliti orang agama tidak boleh disentuh, ditambah dengan isu pemimpin dan tokoh agama itu ada kuasa pula, kita akan menghadapi negara yang lebih  korup daripada apa yang berlaku sekarang,” 

Iskkk...!!!..ini lah terjadi hari ini belum pun belum berkuasa sudah pelbagai rencana kemusnahan telah pun mereka lakukan, perpecahan umat dan persenda Agama dan AlQuran adalah perkara biasa dan di bolehkan didalam parti mereka asal 'musuh politik' mereka biar pun sesama Islam dapat di tumbangkan. Walaupun berstatuskan pejuang Islam tetapi ciri ciri kepimpinan cara Islam itu sendiri tidak pernah kelihatan pada pemimpin parti PAS ini, Malahan kepimpinan mereka lebih di lihat condong ke arah Pluralisme Agama dan Islam Liberal itu lebih jelas di wajah kepimpinan mereka dari menegakkan Islam yang Haq. 

No comments:

Post a Comment