Depa kata.., " Orang ramai sepatutnya mengalu-alukan kenaikan tiba-tiba harga rokok dan tembakau mulai 22 Oktober yang diumumkan oleh syarikat pengeluar rokok British American Tobacco Malaysia (BAT Malaysia), pengeluar terbesar rokok, dengan persetujuan Jabatan Kastam Diraja Malaysia. kenaikkan sebanyak 20 sen. Mereka seharusnya mengalu-alukan usaha mengurangkan tabiat yang merosakkan kesihatan itu, tetapi langkah menaikkan cukai melalui kenaikan harga itu “menceritakan” sikap kerajaan, khasnya Perdana Menteri merangkap Menteri Kewangan, Mohd Najib Abdul Razak selain kemungkinan bahawa Perbendaharaan memerlukan pendapat segera."

Iskkk..!!! Kemungkinan perbendaharaan mengalami masaalah kewangan, 'mungkin' secara kebetulan, biasanya pengumuman kenaikan cukai rokok dan arak ini dibuat ketika pembentangan belanjawan negara, tetapi tidak kali ini, harga rokok di naikkan selepas 20 hari melalui kebenaran oleh Kastam dan Eksais, Dalam Belanjawan tak naik, tapi melalui prosedur Kastam dan Eksais harga rokok naik.

Ramai yang beranggapan Menteri Kewangan mahu membentangkan belanjawan (di dalam musim pilihanraya) yang menyenangkan semua orang dan pihak. Cukai rokok tidak dinaikkan semasa belanjawan sebab tahu ramai pengundi adalah perokok. Tidakkah Menteri terfikir bahawa rakyat akan lebih marah dengan kenaikkan ini sebab mereka terasa di tipu.

Benarlah depa kata kerajaan menaikkan harga dan cukai rokok melalui prosedur Kastam dan Eksais kerana 'mungkin' perbendaharaan kini kekurangan wang. Kini kita paham mengapa kerajaan beria ia mahu melaksanakan dengan cepat Sistem Penguatkuasaan Automatik (Automated Enforcment System- AES) tanpa memilih untuk mendengar pandangan rakyat kerana sistem ini boleh menjana hasil yang lumayan untuk perbendaharaan. 

Dengan dua isu yang 'hot' melibatkan rakyat ini, Puak puak Pakatan Rakyat kini sedang berkira kira dan bersiap siap untuk berpindah ke Putrajaya sambil tersenyum macam kambing yang nak kena korban Aidil Adha.

No comments:

Post a Comment