Depa kata.., " Dewan Muslimat PAS Pusat (DMPP) kesal dengan tindakan pihak tertentu menghukum Naib Presiden PKR, Nurul Izzah Anwar sebelum mendapatkan penjelasan beliau. Adalah suatu yang tidak masuk akal menuduh seorang muslimah mukminah, yang solat, yang puasa, yang tutup aurat mengajak orang Melayu meninggalkan Islam dan menyokong orang Melayu murtad. Ada banyak andaian dan tanggapan dibuat oleh pelbagai pihak sebagai memanjangkan isu walaupun mereka tidak hadir dan mendengar sendiri. Mereka membuat komen hanya berdasarkan laporan Utusan Malaysia kebanyakannya, Nurul Izzah tidak sesekali mengeluarkan kenyataan yang bermaksud orang Melayu bebas memilih agama, mengajak orang Melayu keluar Islam dan menyokong orang yang murtad," 

Iskkk..!!!.

Peserta yang bertanya soalan tersebut bernama Siti Kasim, seorang peguam dan ahli  jawatankuasa Human Rights Committee, Bar Council dalam program forum bertajuk ‘Islamic State: Which version; Who’s responsibility?’ yang dihadiri Nurul Izzah anjuran bersama NGO bernama OHMSI (Oriental Hearts and Mind Study Institute) dan IRF (Islamic Renaissance Front) bertempat di Gereja Full Gospel Tabernacle,Wisma Eagles No 5 Jalan TP4 Taman Perindustrian UEP Subang Jaya.

Apa yang jelas mengikut peguam Siti Kasim, beliau memang bertanya Izzah tentang isu hak kebebasan orang Melayu untuk memilih agama (maknanya selain Islam!) dan itulah respon yang beliau dapat!

Apa yang beliau faham ialah Nurul menegaskan hak kebebasan memilih agama tidak patut terhad kepada bukan Islam sahaja. Malah hak kebebasan agama itu patut diberikan kepada orang Melayu (yang juga beragama Islam)!

Penjelasan apanya lagi mokcik? kalau yang bertanya sendiri jelas dengan jawapan Nurul tu. 

Maknanya apa yang beliau faham daripada jawapan Izzah (mengambil kira ucapan Izzah semasa membentangkan pandangan dia semasa berucap) ialah orang Melayu juga wajar diberi hak kebebasan memilih agama selain Islam! Dan itulah yang dilapurkan oleh laman portal pro-Anwar MalaysiaKini dan www.1christians.blogspot.com!, kalau mok cik tak paham English minta lah tolong yang mahir..tapi jangan bias...

Kalau semua orang Islam di jemput untuk turut serta, tak akan beraninya Izah mengeluarkan kenyataan tersebut, silap hemat mau kena baling dengan selipar jepun.

Lagi lagi Utusan yang di salahkan, Mok cikk!!! kenapa salahkan Utusan sedangkan isu sebenar di siarkan oleh portal pembangkang sendiri dan utusan hanya menyampaikan sahaja yang yang disiarkan oleh portal pembangkang tersebut. adakah sebab Utusan adalah penghalang kepada agenda Pakatan? ha ha ha.... 

No comments:

Post a Comment