Kisah penggunaan nama Allah termasuk yang kafir.


DEPA KATA .., " Dalam buku "qiraatun siyasiyatun li seeratin nabawiyyatin" (pembacaan politik di dalam seerah kenabian) karangan Dr Muhammad Rawwas Qal'aji terbitan Dar An Nafaes, Beirut dan buku "Muhammad his life based on the earliest sources" oleh Almarhum Dr Martin Lings (Abu Bakar Siraj al-Din) kedua-duanya menceritakan kisah sulh al-Hudaibiyyah.

Kedua-dua buku itu menceritakan bagaimana apabila Suhayl Al Amru, wakil Quraysh Mekah yang datang bersama sama Mikraz dan Huwwytib untuk berunding dengan Rasulullah s.a.w, Rasulullah s.a.w. menyuruh Syaidina Ali r.a menulis muqadimmah perjanjian damai itu dengan kalimah "Dengan nama Allah yang Maha Pemurah Dan Maha Pengasih". Suhayl menentang penggunaan kalimah tersebut dengan berhujah bahawa dia tidak tahu kalimah itu dan beliau meminta ditulis kalimah "Bismik Allahumma" (Dengan namaMu Wahai Allah). 

Meskipun para sahabat mahu kalimah "Bismillahi al Rahman al Rahim" digunakan namun Rasulullah s.a.w menunjukkan toleransi (tasamuh) Islam dengan membenarkan kalimah " Bismik Allahumma" digunakan oleh orang kafir.


Bukankah kisah tersebut menunjukkan pertamanya penggunaan nama Allah adalah satu perkara rutin oleh orang-orang Arab termasuk yang kafir. 

Keduanya meskipun nama Allah yang orang kafir Arab gunakan adalah berbeza dengan pemahaman orang Islam tentang kalimah suci tersebut, kenapakah Rasulullah s.a.w tidak melarang malah benarkan pula mereka menggunakan kalimah Allah. 

Pernahkan dalam mana-mana masa dalam fasa da'wah Rasulullah s.a.w, Baginda menyeru jihad untuk memerangi Arab yang kafir kerana menggunakan nama Allah?  

Jika Rasulullah membenarkan Suhayl yang kafir itu menggunakan nama Allah bagaimanakah Mufti Perak mengatakan umat Islam yang membenarkan orang bukan Islam menggunakan kalimah Allah adalah dikira menyekutukan Allah. Bagaimanakah mengikut teladan Rasulullah dikira menyekutukan Allah..?

Tentang kenyataan Mufti bahawa orang kafir seperti Kristian tidak boleh guna nama Allah kerana kalimah Allah adalah suci dan yang demikian ia tidak boleh digunakan oleh mereka yang menyekutukan Allah.  
Persoalannya sejak bila pula orang kafir tidak menyekutukan Allah? Jika mereka menyekutukan Allah, apa bezanya mereka guna nama Allah atau tidak?

Apabila Nabi Sulaiman a.s menulis surat kepada Ratu Balqis yang menyembah matahari ketika itu kalimah "Bismillahi al Rahman al Rahim" digunakan. Bukankah dengan menghantar surat yang mengandungi nama Allah kepada Balqis, Nabi Sulaiman hakiktnya menyuruh Balqis membaca/menggunakan nama Allah? Bukankah Balqis kafir ketika itu jadi kenapakah dibenarkan beliau membaca /menggunakan kalimah Allah?"


Iskkk...!!!

Yang ini kena ambil panjang skit mukadimahnya sebab ceritanya pun berjela juga, tapi sampai habis baca tak jumpa pun isu yang di utarakan ia ini kenyataan Mufti Besar Perak tentang isu penggunaaan kalimah Allah oleh orang bukan Islam khususnya penganut Kristian. 

Antara lain beliau menyatakan jika Islam terus dicabar termasuk isu penggunaan nama Allah dibimbangi boleh membawa pertumpahan darah kerana menurut beliau umat Islam wajib berjihad mempertahankan kesucian Islam dan kalimah Allah daripada digunakan oleh orang bukan Islam yang tidak mentauhidkan Allah.

Mufti Perak berkata "kalau diberikan kalimah Allah digunakan oleh bukan Islam, kalimah Allah akan digantung di gereja dan diletakkan pada salib yang ada patung Nabi Isa di situ, seolah-olah Nabi Isa itu Allah. Maka itu tidak boleh dibenarkan kerana menghina akidah Islam."  

Penulis ini merujuk kepada buku "qiraatun siyasiyatun li seeratin nabawiyyatin" dan buku "Muhammad his life based on the earliest sources" kedua-duanya menceritakan kisah sulh al-Hudaibiyyah.

Baik didalam kisah tersebut ada dinyatakan Nabi Muhamad S.A.W membenarkan dan bersetuju perkataan Allah "Bismik Allahumma" (Dengan namaMu Wahai Allah) di gunakan dan ditulis didalam perjanjian mengantikan kalimah 'Bismila hir Rahman nir Rahim' yang membawa maksud "Dengan nama Allah yang Maha Pemurah Dan Maha Pengasih".

Perkara pokok yang orang ini (penulis tersebut) tidak paham dan tidak dapat membezakan ialah melakar surat dengan menulis buku panduan.

Sama juga dengan tulisan warkah dari Nabi Sulaiman A.S kepada Putri Balqis.

Didalam penulisannya si penulis tidak sebutir pun ayat menyebut 'Pengunaan kalimah Allah didalam Bible ( kitab panduan @ Al Kitab) '

Pengunaan Kalimah Allah didalam warkah atau surat adalah perkara biasa kepada muslimin wa'imah jika warkah tersebut mahu dihantar kepada orang bukan muslim sebagai memaklumkan bahawa si pengirim adalah seorang muslim ( jika melibatkan urusniaga orang islam dengan bukan islam).

Mungkin disini pengunaan kalmah 'Bismila hir Rahman nir Rahim' di kepala surat agak jarang diutamakan didalam urusan kerajaan mahupun syarikat, tetapi ianya adalah biasa juga digunakan oleh badan badan NGO yang berlatar belakangkan Islam dengan menulis kalimah 'Bismila hir Rahman nir Rahim' @ "Dengan nama Allah yang Maha Pemurah Dan Maha Pengasih" di kepala atau permulaan muka surat.

Memang tiada salahnya, saperti terpaparnya kalimah 'laillah ha il Allah.." di bendera negara Arab,tetapi apabila ianya digunakan didalam kitab yang digunapakai sebagai kitab panduan bagi orang kristian dan dicetak didalam bahasa Melayu, tidak kah ini akan menjadi satu salah tanggap diantara Allah Isa dan Allah yang Esa?.

Untuk generasi sebelum isu kalimah ini rasanya tiada masalah, bagaimana jika ianya menjadi rujukan kepada jenerasi baru? tidakkah ini adalah satu cubaan 'menyeru' dan jika di halusi maka ianya akan melibatkan peraturan Perlembagaan Persekutuan – Fasal 1 Perkara 3  yang menyebut “Islam adalah agama bagi Persekutuan”  atau dalam teks asalnya “Islam is the religion of the Federation”.

Juga perlu dilihat pada Perkara 11 fasal (1) yang menyebut, Tiap-tiap orang adalah berhak menganuti dan mengamalkan agamanya dan 'tertakluk' kepada fasal (4), ia ini mengembangkan agamanya .

Sementara rujukan pada Perkara 11 fasal (4) menyebut, "Undang-undang Negeri dan mengenai Wilayah-wilayah Persekutuan, Kuala Lumpur dan Labuan, undang-undang persekutuan boleh mengawal atau menyekat pengembangan apa-apa iktikad atau kepercayaan agama antara orang-orang yang menganuti agama Islam.

Untuk tujuan ini beberapa buah negeri telah meluluskan enakmen-enakmen untuk 'mengawal dan menyekat penyebaran' agama-agama lain di kalangan orang Islam. Saperti negeri Kelantan yang telah meluluskan enakmen untuk tujuan itu dan berkuatkuasa pada 1 Januari 1987. 

Sementara negeri Kedah, Melaka dan Selangor meluluskan undang-undang yang serupa dalam tahun 1988. 

Undang-undang di negeri Selangor antaranya memperuntukkan bahawa menjadi kesalahan menggalakkan, mempengaruhi atau membangkitkan perasaan seorang Islam untuk menukar agama; menyebabkan seorang kanak-kanak Islam dipengaruhi oleh unsur-unsur bukan agama Islam; mendekati seorang Islam untuk tujuan bersyarah atau menunjukkan beliau apa-apa perkara tentang agama bukan Islam, menghantar apa-apa juga bahan bertulis tentang agama bukan Islam kepada seorang Islam, dan mengedarkan apa-apa jua bahan bertulis tentang agama bukan Islam kepada orang Islam di tempat awam.

Itu isu yang di bangkitkan oleh Mufti Besar Perak ia ini pengunaan kalimah Allah dan dibenarkan di cetak didalam Bible ( kitab bagi orang kristian), Tiada sebutir pun ayat menyentuh isu ini, apa yang si penulis buat ialah memesong pandangan pembaca seolah olah di zaman Nabi sudah pun berlaku pengunaan Kalimah Allah oleh orang kafir dan Nabi tidak mengistiharkan jihad serta mahu membakar Injil di zaman itu.

Soalannya mengapa hanya di Malaysia dan cetakkannya pula didalam bahasa Melayu sahaja yang mengunakan kalimah Allah?.

Jika alasannya Bible Melayu itu hanya untuk kegunaan di Sabah dan Sarawak mengapa pula dalam bahasa Melayu? mengapa tidak didalam bahasa ibunda mereka, Kita pun tahu bahasa ibunda mereka tidak sama sekali dengan Bahasa Melayu yang di guna pakai di Semenanjung.

Kebiasaannya yang boleh berlaku ialah bila sudah diluluskan untuk cetakkan buku adakah perkara yang sama tidak mereka (penganut agama kristian) lakukan saperti 'melakar' kalimah Allah dan meletakkannya di dinding gereja dan menjadikan 'loket' saperti lambang salib untuk di gantung dan di pakai di leher?. Ini lah kebimbangan yang di suarakan oleh Mufti Besar Perak.

Mungkin kerana si Penulis telah melihat akan gundah gelananya pengikut mereka maka tiada jalan lain selain memusingkan isu dengan sejarah Nabi yang kita pasti ramai yang tidak mengetahuinya atau mengkajinya secara mendalam.

Sebagai pembuktian, bertanyalah dengan Nik Aziz atau Hadi Awang kerana mereka berdua pernah menerima watikah perlantikan dan juga watikah anugerah kebesaran, lihat pada kepala watikah tersebut apa awalan ayat pembuka bicaranya.

Kepada penulis berkata benarlah walaupun pahit, jangan kerana sokongan dan undi pilihanraya maka perkara yang menyongsang akidah hendak di tegakkan sedang perkara Haq hendak di kambuskan.

1 comment:

  1. Nak tambah Nabi Sulaiman a.s mana ada cakap ARAB bro. Bismillahi al Rahman al Rahim ialah perkataan Arab. Yang di gunakan mungkin bahasa bahasa Yahudi lama. Mungkin beliau guna EL RACHMAN ke apa ke.(bahsa arab dan bahasa yahudi lama ialah bahsa adik beradik) Tidak pastilah. Cuma kita terjemahkan kepada bahasa ARAb dalam pengisahan kita akan sirah baginda sebab kita syariatnya turun dalam bahasa Arab. Kita kena perincikan lagi bab-bab bahsa zaman baginda ni.

    Walaupun Balqis ialah seorang arab Qahtani (sesetangah kata dari Afrika) saya rasakan surat tersebut semestinya di tulis dalam bahasa Yahudi lama. Ini kerana Kerajaan Nabi Sulaman a.s pada waktu itu lebih besar dari kerajaan Balqis. Macam zaman sekarang takkan Kerajaan UK nak tulis bahasa Melayu dalam surat menyurat kepada Kerajaan Malaysia.


    ReplyDelete