DEPA KATA.., " Pendekatan yang disuarakan oleh Tuan Guru Haji Abdul Hadi Awang, "Kita tidak boleh melarang mereka menggunakan perkataan Allah dalam kalangan mereka sendiri, dalam ibadat mereka dan amalan mereka, walau pun salah maksud dan maknanya yang asal mengikut bahasa kita. Adapun menggunakan perkataan Allah oleh mereka terhadap masyarakat Islam untuk menyebarkan akidah mereka dengan fahaman mereka, atau menjadikan perkataan Allah sekadar mengubah jenama melariskan barangan dalam masyarakat Islam, tidak boleh diizinkan sekali-kali, kerana menyalahgunakan perkataan Allah yang Maha Suci Kepada umat Islam dan  bercanggah dengan makna mengikut bahasa yang diamalkan oleh umat Islam, seterusnya dikira menodai kesucian dan kemurnian Kalimah Allah di hadapan umat Islam..."





Iskkk...!!!

Sapertimana ramai tahu isu khalimah Allah ini adalah untuk di cetak dan di gunakan di dalam kitab Bible bahawa Melayu, soalanya ialah didalam dunia ini Negaramana yang bahasa kebangsaannya adalah bahasa Melayu? Jika ianya di cetak untuk Bahasa Melayu mengapa tidak pula dicetak didalam bahasa Cina, Tamil, Kadazan,Murud, Bajau atau sebagainya?

Jika Khalimah Allah boleh di gunakan oleh agama kristian untuk cetakan bible melayu bayangkan jika terjemaahan ayat ini nanti : chapter 32:Genesis (Safar Takwin) - "Jacob Wrestles With God" , jika ia diterjemahkan maka akan berbunyi saperti ini "Yaakob bergusti dengan Allah..." bukankah ia satu kekeliruan?? Bagaimana seorang Nabi boleh bergusti dengan Allah?!!

Bukankah elok jika di kekalkan "God" is "God" bukanya "God itu Allah"

No comments:

Post a Comment