DEPA KATA..., " Isu Kalimah Allah Umno BN telah mengalami kekecewaan demi kekecewaan menjelang Pilihan raya Umum ke-13 (PRU13) untuk memperdayakan umat Islam negara ini. Dengan keluarnya kenyataan Majlis Syura Ulamak PAS, ianya secara langsung meletakkan Umno BN dalam keadaan serba salah menjelang persiapan PRU13. Kenyataan Presiden PAS adalah jelas tetapi ianya telah sengaja disalahertikan oleh Umno yang dimainkan oleh media media arus perdana untuk survival hari hari terakhir mereka. Dengan kenyataan terbaru Majlis Syura Ulamak PAS ini, ianya meranapkan sama sekali cita-cita Umno untuk megikis kepercayaan umat Islam negara ini terhadap PAS".




Iskkkk...!!!!

Ini aku tak berapa nak paham... siapa boleh mencerahkannya...

Yang aku tahu... Presiden Pas, Hadi Awang berkata, kalimah ‘Allah’ adalah satu perkataan yang mengikut maksud asal bahasa Al-Quran, dan tidak boleh diterjemahkan ke dalam mana-mana bahasa secara tepat. Kalimah Allah tidak wajar disalahgunakan oleh pihak lain terhadap masyarakat Islam sehingga menimbulkan kekeliruan. Oleh itu, penganut Islam berbagai bangsa tetap menyebut perkataan Allah (tanpa terjemahan) apabila menterjemah Al-Quran dalam bahasa masing-masing dan ketika beribadat.  Walaubagaimanapun, Islam tidak menghalang penganut agama lain menggunakan kalimah Allah dalam amalan mereka, walaupun tidak mencapai maksud asal bahasa Al-Quran,"

Majlis Syura pula kata..   " Allah adalah kalimah suci yang merujuk kepada Tuhan yang diimani oleh umat Islam, iaitu Allah Yang Esa, Tunggal, tidak beranak dan tidak diperanakkan.  Kalimah Allah adalah alami (universal) kerana Allah Tuhan sekalian alam. Siapa pun boleh menyebut kalimah Allah seperti mana orang Arab Jahiliyah yang tidak Islam menyebut Allah lah yang menjadikan alam ini.   Kalimah Allah adalah kalimah khusus yang Allah menamakan diri-Nya Allah. Kalimah itu tidak boleh diterjemahkan ke dalam mana-mana bahasa dunia kerana tidak menepati kehendak sebenar dari kalimah ini. Demikian juga tidak boleh kalimah asing hendak diterjemahkan kepada kalimah Allah".

Oleh kerana itu, menterjemah kalimah God atau Lord dari mana-mana kitab agama bukan Islam kepada perkataan Allah tidak dibolehkan kerana ianya salah dari segi makna dan salah guna, tidak menepati kehendak sebenar yang boleh membawa kekeliruan yang nyata. Oleh kerana itu ia hendaklah dicegah.

Jadi dimana salah dimana betulnya kenyataan ini? dan dimana pula yang UMNO memperdayakan rakyat di malaysia ini?

Dalam isu aqidah ini boleh ke beri jawapan tengah-tengah?...ianyanya harus dijawab dengan pasti – ya atau tidak. 

No comments:

Post a Comment