DEPA KATA..., " Mursyidul Am PAS, Nik Aziz berkata isu kalimah Allah selesai selepas Majlis Syura Ulama parti itu memutuskan kalimah itu tidak lagi boleh digunakan bukan Islam. Beliau juga berkata semua anggota parti perlu akur dengan keputusan Majlis Syura Ulama PAS yang dianggotai orang alim, peringkat doktor dan universiti. Isu kalimah Allah ini timbul apabila Setiausaha Agung DAP Lim Guan Eng mendesak kerajaan membenarkan kalimah itu digunakan dalam Bible versi Bahasa Melayu. Pakatan pembangkang yang disertai PAS, DAP dan PKR kemudiannya membuat ketetapan bahawa kalimah Allah boleh digunakan oleh penganut semua agama tetapi dengan syarat tidak disalahgunakan. Setelah didesak pelbagai pihak, menteri besar Kelantan itu dan beberapa pemimpin PAS yang lain kemudiannya mengubah nada dan bersetuju dengan Majlis Syura Ulama PAS agar kalimah itu tidak digunakan oleh bukan Islam. Ahad lepas, Majlis Syura Ulama PAS memutuskan kalimah Allah adalah kalimah khusus yang Allah menamakan diri-Nya Allah dan oleh itu tidak boleh diterjemahkan kepada mana-mana bahasa di dunia kerana tidak menepati kehendak sebenar kalimah itu".




Iskkk...!!!

Akhirnya depa turut juga kemahuan peti undi..bukan kerana nak tegakkan Islam tetapi lebih kepada taatnya kepada peti undi itu sahaja..

Tetapi nak bagi tahu betapa besarnya jawatan Ahli Majlis Syura PAS dari Majlis Faktwa Kebangsaan.

Sebelum ini Majlis Faktwa dan Baginda sultan Selangor juga telah menetap bahawa Kalimah Allah tidak boleh di cetak didalam bible bahasa melayu dan tidak boleh di terjemahkan dalam apa jua bahasa. Tetapi mereka tak endah pun... Tetapi bila melihat hangat dan bangkitnya kemarahan PENGUNDI baru lah mereka menolak kelulusan yang di berikan oleh Presiden mereka sendiri ia ini Hadi Awang..

No comments:

Post a Comment