DEPA KATA..., " Mahathir pecah belah Umno dari dulu.


DEPA KATA..., " Mahathir pecah belah Umno dari dulu hingga sekarang dan niat Mahathir sekarang ialah untuk membawa Muhyiddin ke pucuk kepimpinan negara sebelum menjatuhkannya dan mengantikan dengan ahli keluarganya ( Mukriz), Itulah politik Dr Mahathir. Bagi Mahathir yang paling utama ialah peribadi dan keluarga. Selepas itu untuk parti kerana parti itu boleh menaikan keluarga dan kehendak beliau kerana parti hanyalah alat untuk memudahkan mendapatkan kehendak dan kemahuan beliau. Selepas itu barulah untuk negara. Negara merupakan isu yang paling akhir dan tidak mempunyai prioriti langsung bagi Dr Mahathir.

Begitulah cara Mahathir bermain politik, Beliau tahu Najib bukan material sebagai seorang Perdana Menteri yang baik tetapi beliau gunakan Najib untuk menolak Abdullah dan sekarang permainan yang sama sedang berlaku dan menggunakan kelemahan Najib yang beliau tahu dari awal lagi. Niat Mahathir sekarang ialah untuk membawa Muhyiddin pula ke pucuk kepimpinan negara. Beliau akan terus melakukannya jika beliau berupaya untuk melakukannya. Akhirnya Muhyiddin sendiri akan diketepikan dengan menggunakan kelemahan Muhyiddin yang tidak kurang teruknya jika dibandingkan dengan Najib.




Apabila berlaku satu di antara dua kejadian sahaja yang akan memberhentikan Mahathir melakukan kerja mengadu-domba ini. Yang pertamanya jika beliau tiada lagi dalam dunia ini dan keduanya jika Mukhriz berjaya mencecah pucuk pimpinan negara kita ini."

Iskkk...!!!

Masa berkhidmat di Parlimen, pernah lah tanya dengan beberapa orang MP dan 'pegawai khas MP' kenai ka dak dengan manusia bernama Aspan Alias ini, Terkejut juga bila depa kata awat tak kenai pulak..nak tau kami pangil dia apa? kami panggil dia 'Aspantat' iskkk.., terkejut juga bila depa sebut lagu tu.

Tak palah itu isu gelaran kawan kawan lama dia, siapa lah kita yang setakat kenai nama sahaja itu pun dari jauh sahaja.

Kembali kepada isu, benarkah Tun utamakan keluarganya dari parti UMNO dan Negara sapertimana yang di sebut oleh si penulis ini @Aspan?.

Jika Mukhriz ( YB Datuk Mukhriz Mahathir, Timbalan Menteri Perdagangan Antarabangsa) menjadi ayam tambatan didalam isu permainan politik Tun Dr mahathir, bilakah beliau menyertai politik dan menjadi ahli UMNO?, siapa lagi anak anak Tun yang menyertai parti politik selain Mukhriz?.

Adakah Tun Siti Hasmah juga terlibat dengan politik kepartian dan memengang jawatan utama didalam parti semasa era Tun menjadi Presiden Parti UMNO dan Perdana Menteri?.

Didalam Politik hanya Mukhriz sahaja satu satunya anak Tun Mahathir bersama Tun Siti Hasmah dari 5 beradik yang melibatkan diri didalam politik Malaysia dengan Menyertai UMNO dan disahkan menjadi ahli UMNO setelah hampir lima tahun memohon menjadi ahli.

Beliau terlibat dengan politik tanah air sepenuhnya setelah ayahandanya Tun Dr Mahathir melepaskan jawatan Presiden UMNO sekali gus melepaskan jawatan sebagai Perdana Menteri Malaysia.

Begitu juga dengan Tun Siti Hasmah, beliau tiada jawatan politik didalam parti tetapi sekadar menjadi kakitangan kerajaan yang berjawatan Setiausaha merangkap Doktor Peribadi kepada Perdana Menteri Malaysia ketika itu Dato Seri Dr Mahathir Muhammad.

Satu jawatan yang boleh mengelakkan Perdana Menteri ( Tun Dr mahathir) dari Fitnah kerana beliau sentiasa berada bersama Perdana Menteri yang juga suaminya. ( sudah pasti mereka tidur sebilik kerana sah sebagai pasangan halal suami isteri).

Cuba dilihat pada keluarga Anwar Ibrahim, dimana kedudukkan anak dan isterinya? 

Nurul Izzah Anwar menjadi Naib Presiden kepada sebuah parti yang ibunya Wan Azizah menjadi Presiden dan bapanya Anwar Ibrahim adalah Ketua Umum, satu jawatan yang tidak dipertandingkan dan sememangnya amat eksklusif untuk Anwar sahaja.

Jadi siapa yang dilihat mendahulukan keluarga? harap Aspan jelas dengan perkara ini jangan lah nak mendewakan sangat si Anwar tu.

Tun meletakkan parti (UMNO) pada kedudukan nombor 2? ini juga telahan silap dari Aspantat..opp!!!! sorry!!!..  Aspan. 

Jika parti nombor dua maka pergi jahanamlah UMNO bila diharamkan oleh mahkamah pada 4 Februari 1988 selepas berlakunya krisis kepimpinan UMNO pada 1987 yang menyaksikan Tengku Razaleigh Hamzah telah menubuhkan parti serpihan dengan nama parti Semangat 46.

Sudah pasti Tun membuka parti baru yang bukan lagi mengunakan nama UMNO saperti mana yang dilakukan oleh Kuli dengan semangat 46nya dan berkawan dengan parti pembangkang dengan tema 'Angkatan Perpaduan Ummah' untuk kerjasama dengan parti PAS.

Sahingga kini Tun masih setia dengan parti UMNO dan tidak pernah tercatat dialam mana mana sejarah ia menukar atau menubuh parti baru, saperti mereka yang lain. ( walaupun ketika Tun di pecat dan ketika Tun keluar dari parti UMNO), dan kerana sayangnya Tun kepada UMNO lah maka Tun menerima semula mereka mereka yang pernah mengkhianati partinya untuk memperkuatkan parti UMNO.

Berbeza dengan apa yang di lakukan oleh Tengku Razaleigh (Semangat 46) dan Anwar Ibrahim (PKR).

Tun letakkan negara pada nombor 3?

Isk isk isk... kesian kat hang, mungkin budak tingkat 4 upah hang dok tulis lagu tu kot.

Jika bukan kerana Tun dah lama dah kita nih jadi macai kepada Singapore dan Autralia, Tun perangi Pak lah bukan kerana Pak Lah cerdik atau susah nak kawal dan tak dengar kata saperti yang Aspan kata, tapi Tun serang Pak Lah kerana tindakan Pak Lah ketika menjadi PM menjuruskan kepada menghambakan diri kepada negara jiran yang kita ketahui amat amat tidak senang dengan perkembangan dan kemajuan sepanjang era Tun Mahahtir.

Dan tindakan Pak Lah yang membelakangkan kata setuju semasa menjadi Timbalan Perdana Menteri, dan mengubah sesuka hati mengikut telunjuknya, dan beranggapan segalanya selepas Mahathir adalah dia penentunya dan natijahnya Malaysia kerugian berbilion Ringgit.

Nasib baik ada Tun Dr Mahathir, kalau bagi kat Aspan? alamat jadi macam di Pulau Putri atau pulau Batu Putihlah jawabnya. 

Aspan kata.. "rakyat jangan segan silu untuk bertindak dan jangan merasa takut untuk melakukannya. Sebenarnya lagi kita merasa takut lagi mereka (UMNO) ini akan menekan pemikiran rakyat sehingga tidak ada lagi rakyat yang boleh berfikir dan mempertahankan nilai kemanusiaan yang di berikan akal dan fikiran oleh Allah swt".

Ya..rakyat jangan takut dan tak perlu takut, sapertimana Boss Aspan dalam DAP yang takut untuk berdepan dengan kenyataan dan orang media. Hari ini rakyat bebas menyuarakan pendapat mereka walau dalam bentuk apa pun termasuk mengadakan himpunan haram.

Rakyat tak perlu takut untuk menolak DAP dan Aspan yang ada dalam DAP supaya duduk diam diam selepas PRU13 nanti, sayangnya orang ini tidak pandai mengunakan akal fikiran yang Allah telah berikan hanya kerana nafsu dan habuan duniawinya.

No comments:

Post a Comment